Tuesday, June 3, 2014

Pulau Kapas

Assalamualaikum wbt....

Bertemu lagi disini....
Kali ini cikgu nak travel ke Pulau Kapas pula. Terletak kat daerah Marang, Negeri Terengganu. Kalau dok kat Jeti Marang tu boleh la nampak pulau nie, tak jauh iaitu hanya lebih kurang 6 km sahaja... taklah besar sangat dan yang bestnya nampak seperti putih ala2 kapas gituu....

Cikgu sampai kat Terengganu dan bermalam kat resort tepi pantai walaupun boleh nak bermalam kat hotel2.. coz anak-anak dah teringin nak pijak pasir pantai. Selain itu makan malam kat tepi pantai.. fuyooo best... makanannya pun murah murah... orderla ikan siakap masak 5 rasa, kerang rebus, sotong goreng tepung tu kira wajib la... petang tadi pun dan bedal sepinggan makan gitu aja... Angin malam agak kuat mungkin dah nak masuk musim tengkujuh...

Berbalik cerita pasal Pulau Kapas, ada banyak pilihan atau pakej penginapan, berkhemah, snorkeling, skuba, kayak, candat sotong, round island dan lain lain lagi. Cuma siap duit jerr..

Kat Jeti Marang, terdapat banyak agen yang tawarkan pakej macam Mak Cik Gemok, Kapas Coral dan lain-lain... kena pandai tawar menawar pilih harga yang korang rasa berbaloi...Cikgu ambil pakej snorkeling, nak tido di pulau tu rasa tak berbaloi pulak, takkan nak buat campfire sekeluarga.. emmm..

Perjalanan ke Pulau Kapas tu dalam 20 minit.. nasib baik naik bot besar, ombak agak besar bagi cikgu.... terumbang juga bot tu... Sampai kat sana...
Pasir pantai putih... air laut jernih... nampak dasar dan batu karang.... Anak-anak dah tak sabar, tukar baju terus mandi laut..... itu matlamat kami...

Bila dah mandi, basah-basah datang la bot nak gie snorkeling pula... dibawanya cikgu sekeluarga ke tengah laut dan dilepaskan kami disitu... Budak budak lagi seronok sebab bila pakai ja 'life jacket' mereka boleh terapung... Tak la dalam sangat di situ, oleh kerana airnya sangat jernih, boleh nampak terumbu karang di dasar laut... bila dah snorkeling nie rasanya tak mau naik bot balik... ikan yang warna warni, terumbu karang cantik.. lebih-lebih lagi anak-anak ikan kecil2 datang kerumun tepi.... syok syok...

Lama juga kami snorkeling, sampai tak sedar kulit dah tukar warna... nak pulih balik seminggu dua la pula.. tu pun dah bubuh losyen....