Saturday, October 4, 2014

Birthday Puteriku Aimi

Assalamualaikum....

Tanggal 2 Oktober 2014, genaplah umur puteriku ini 7 tahun. 2 minggu sebelum tu, kami berpakat nak sambut birthdaynya dengan syarat dia naik Quran... maka oleh kerana nak sambut birthdaynya, pulunlah dia mengaji quran... Walaupun ada satu hari tu, abang dan kakaknya tak dapat pergi dek kerana tuesyen, dia bertekad nak pergi mengaji juga.

Harapan kami moga-moga dia berjaya naik Quran sebelum hari lahirnya tiba... akhirnya termakbul juga doa kami.... 2 hari sebelum hari lahirnya, puteriku ini berjaya naik Quran...

Persiapan untuk birthday dibuat ala kadar saja, tapi meriah juga.... jemputan dari adik beradik terdekat... Kami tempah nasi tomato dari pengasuhnya... sedap juga.. kek 'frozen' kami beli dari kedai Kek Sayang bersama-sama accesssoriesnya..

Oleh kerana puteriku ini minat sangat jadi puteri kami belikan mahkota buatnya... walaupun mahkota ini harganya tak seberapa tapi dilihat dari keceriaanya, kami pun ceria... tak kisahlah berapa harga pun, asalkan puteriku ini suka. Kami juga belikan hadiah buat kakak dan abangnya juga... Semoga keluarga ini akan terus bahagia dan dirahmati Allah hingga ke Jannah....

bersama pengasuhnya

rapat juga dia dengan pengasuhnya

Garangnya diaaa.....

sepupu Ahmad Zarif




Bersama Tok Wan Che Gamat


Bersama tok Raziah