Monday, December 16, 2013

Ho Chi Minh, Vietnam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom melancong ke Ho Chi Minh, Vietnam.. Pusat pelancongan dan gedung membeli belah bagi rakyat Malaysia ketika ini selain dari Guangzhou, China.. Oleh kerana berasa sangsi lagi bagaimana keadaan di sana, maka saya dan isteri mengikut pakej yang ditawarkan dari agen Jafilla, Alor Setar.

Dari Alor Setar, kami naik flight Airasia ke LCCT Kuala Lumpur dan sampai sekitar jam 10.00 pagi.. Makan dulu kerana tak tempah makan atas flight.. jalan2 sekitar LCCT dan naik flight jam 2.45pm dari KL dan sampai jam 4.45 pm di Ho Chi Minh, Vietnam  iaitu lebih kurang 2 jam perjalanan. Dari atas kapal terbang anda akan nampak deretan rumah yang terlalu padat. Tiada gunung yang kelihatan..Selepas selesai imigresen check, kami keluar dari airport vietnam dan disambut oleh pemandu pelancong disana..
Alahai comelnya pemandu pelancong kami...

Hari Pertama
Kami menaiki van komuter sepanjang lawatan di sana.. Perkara pertama yang kami rasa teruja ialah melihat deretan motosikal!! bunyi hon di sana sini.. Motocycle everywhere! Terfikit macam mana nak melintas jalan.. kata pemandu pelancong, "just keep your eyes closed then cross untill you reach there"... mula-mula rasa takut juga bila nak melintas...bayangkan kanak-kanak kecil agaknya darjah 3 melintas begitu aja... Setiap motosikal akan mengelak dari melanggar anda! Lampu isyarat hanya sekadar perhiasan di sana..! Depan polis pun, depa buat donno ajaa...

Kami jalan-jalan sekitar melawat sekitar bandar melihat bangunan Pos Office, Muzium Perang dan bangunan-bangunan di sekitar.. Kami bermalam di Hotel Kelly berdekatan dengan pasar Ben Thanh. Selesai makan malam, kami jalan-jalan di pasar malam.. Rupanya, pada siang hari mereka berniaga di dalam Pasar Ben Thanh manakala pada malam harinya mereka berniaga di bahagian luar sebagai 'pasar malam' kerana pasar Ben Thanh ditutup. Harga barang kat situ mahal-mahal belaka..Kami kena tawar-menawar sehingga 70%!!

Awas! penjual kat situ akan mengoda anda walaupun isteri anda disebelah! Biasanya mereka memanggil 'abang' atau pun lebih manja lagi 'abang sayangg'...hahaha...Untuk pengetahuan pembaca semua, kita TAK PERLU TUKAR RINGGIT ke DONG! duit ringgit diterima disini dan berbelanja dalam ringgit lebih menguntungkan.!
Hari Kedua
Hari kedua kami ke menyusuri sungai Mekong dengan perahu besar.. Dalam perjalanan itu, kami singgah melawat pusat penternakan lebah madu dan cara membuat coconut candy. Ketika sampai suatu tempat untuk membeli barangan kulit, berhati-hati dengan barangan yang dijual..! Ada yang asli dan ada yang tiruan! hampir sama barang asli atau yang tiruan!! Kemudian kami dibawa menaiki perahu yang kecil menyusuri pohon nipah.. Sama seperti tempat saya cari ikan laga masa kecil-kecil dulu.. Kalau terasa nak sedekah RM1-2 kepada pengayuh perahu tu, dipersilakan.... 

Kat muara tu, perahu besar yang kami naiki dah tunggu disitu.. Untuk pengetahuan pembaca, harga barang kat Jetty itulah yang paling murah dan boleh dijadikan sebagai penanda aras! Saya sempat membeli t-shirt seperti langkawi kat situ dengan harga RM4.00.. 'I love Vietnam'.. kalau pandai tawar boleh dapat RM3.00 sehelai! Petang jalan-jalan shopping kat Ben Than Market...tak beli apa-apa, cuma sekadar cuci mata sahaja....! ramai pelancong Malaysia kat sana borong sakan.. 
Pada waktu malam kami pergi menaiki 'Cruise', kapal besar ala-ala Titanic untuk melihat bandar Ho Chi Minh pada waktu malam... Pemandangan malam di situ biasa-biasa sahaja, rasanya kalau naik Melaka River Cruise lebih baik... Tetapi alang-alang dah sampai, takkan tengok ajer.. Bayaran dalam RM35 seorang.. Perjalanan lebih kurang 25 minit..Makan dan minum boleh order.. Was-was juga nak makan, minum ajalah.. Sepanjang perjalanan itu, kami dihiburkan dengan nyanyi orang vietnam.. Apabila kapal hampir tiba kembali di jetty, terdapat pertunjukan menarik ala-ala akrobatik..bukan 'tiger show'.. dekat-dekat laa... 
Kami diberitahu oleh pemandu pelancong tentang pertunjukan ini.. terus tempah seat yang paling depan sekali... siap rakam video lagi! 
Hari ketiga
Kami melawat Chu Chi Tunnel sebuah terowong tempat tinggalan perang vietnam dulu! Suatu tempat yang lapang tapi, dibawahnya adalah lorong 'tikus' atau askar gerila! boleh dilihat disitu perangkap dan jerangkap samar serta tinggalan kereta perisai.. Kami didedahkan bagaimana untuk masuk ke dalam terowong di situ..Mungkin terowong itu pernah menjadi tempat penembak hendap ataupun bekas mayat tentera...argghh.. Ada juga tempat tempat memasak, klinik, membuat bom, membuat keperluan harian dan banyak lagi..

Pelawat dibenarkan untuk masuk ke dalam terowong. Boleh pilih 8 meter, 20 meter atau 100meter.. Kami mencuba masuk ke dalam terowong bawah tanah sejauh 8 meter..Aduhai, gelap gelita! dapat dibayangkan bagaimana peritnya mereka hidup zaman itu..

Yang paling best kat situ, kita boleh menembak! boleh pilih senjata yang hendak tembak. Saya cuba menembak mengunakan AK47, kerana M16 biasa ada di Malaysia.. Terasa momentum dari AK47 sangat kuat..! habis 10 butir peluru dengan RM 60.00 ...hahaha.. berbaloi....Pada waktu malam, kami pergi melihat 'Water Puppet Show' tak jauh dari hotel tempat kami menginap dalam 800m.. Kami pergi dua orang sahaja.. Menarik juga pertunjukan yang dibuat walaupun tak sehebat pertunjukan yang kami lihat di Beijing, china.. Terdapat 17 jalan cerita show itu.. interesting..

Hari keempat 
Pada waktu pagi, kami cuba masakan di situ.. Kat Restoran Serai masakan Malaysia. Kami order bihun goreng dan mee goreng..makanan biasa-biasa saja.. Masa nak bayar, harga RM45.00!! aduhai...indahnya Malaysia! Selesai makan, jalan-jalan dalam pasar Ben Thanh beli sedikit survenior bawa balik ke Malaysia!.. Around 10.30am, check out hotel dan balik ke Malaysia! yehhh....

No comments:

Post a Comment