Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kali ini kita ke Teluk Cempedak pula.. terletak hanya lebih kurang lima kilometer dari pekan Kuantan. Bagi mereka yang gemarkan suasana pantai, Teluk Cempedak ini sesuai dikunjungi. Selepas round-round pekan kuantan kami bertolak ke sana..
Sampai sahaja kami di situ,kami disambut oleh deruan angin laut dan bunyian dari pokok casuarina yang tumbuh di situ... Pantainya yang luas lagi cantik, pasir putih lagi halus..Walau bagaimanapun pantainya dilihat kurang sesuai untuk mandi manda. Kalau setakat nak mandi di gigi pantai okey la kot... tapi kalau nak berkelah dan bermain, memang sesuai la kat situ.. Cuaca ketika kami sampai agak panas sikit..Terdapat juga kedai makanan segera KFC dan McD di situ selain dari gerai-gerai makanan dan jualan.. Khabarnya kat situ ada jual ikan kering dan sotong kering murah, kami try la survey kat kedai-kedai sekitar situ..biasa saja bagi saya....
No comments:
Post a Comment