Monday, December 30, 2013

I-City


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Sebut sahaja I-City, pastilah terbayang hiasan lampu-lampu dan taman hiburannya.. Dalam sekelip mata sahaja, nama I-City melonjak naik..mungkin kerana publisitinya yang gah.. Ketika di awal i-city mengukir namanya ketika itulah kami mengunjunginya... ketika itu masih tiada lagi Red Carpet... Dengan bayaran RM10.00 kami masuk ke dalam.. masih lagi dalam pembinaan, snow walk pun masih baru.. Kami cuma berjalan di luar sahaja.. melihat kelipan lampu-lampu, wheel besar dan permainan kanak-kanak.. Budak-budak yang seronoknya dapat bermain permainan di situ walaupun tak sehebat dan sebanyak di Genting.. Kami tak masuk ke snow walk, kerana tak tahan dengan kesejukan (kesejukan melampau) dan charge yang mahal sangat... Sewa kasut kat situ pun kena charge (mesti kena pakai, kalau tidak kaki akan sakit kesejukkan...) Ketika kami sampai di zon pokok-pokok lampu, memang teruja kalau kali pertama pergi.. Naik monorel (kecik jaa..haha) pusing-pusing area di situ, terdapat pos dimana jurufoto akan ambil gambar (duit lagi...) Ramainya orang masa tuuu.. nak ambik gambar pun kena tunggu giliran.. Tapi yang hampehnya, kemudahan bilik airnya..tiada air! ramai pelawat dan pelancong merungut.. nampak sahaja gah berpromosi, tapi kemudahannya...emmm..









No comments:

Post a Comment