Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lari dari kebisingan bandar mencari ketenangan di tasik terbentang luas.. seronok juga sekali sekala beralih angin... Kali ini kami nak ke suatu tempat yang terkenal iaitu Tasik Kenyir di Terengganu...
Try2 survey dalam internet tengok hotel2 kat situ.. Anak2 pula nak hotel yang ada swimming pool.. semakin besar citarasa mereka... Maka terdapatlah hotel yang menarik bagi kami iaitu Lake Kenyir Resort.. booking terus...
Sampai kat situ, rupanya kereta tak boleh naik terus ke hotel.. so kena parking kat bawah.. Perkhidmatan kereta golf disediakan... tak lama tunggu, sampai la kereta tersebut.. kami di bawa terus ke lobby resort.. Check in... ada pelancong yang datang masa tu diberitahu 'fully book' nasib baik kami tempah dulu... harganya boleh tahan juga kalau tak booking dulu...
Kami ditempatkan resort ya g agak berdekatan dengan tasik... so panorama kat situ nampak cantik. Bilik resort dari kayu. Melangkah masuk sahaja dalam bilik tu lain dari luar...besar dan cantik...
Kami tak tunggu lama, anak2 dah nak mandi kolam... call driver, kami dibawa ke kolam.. punyalah seronok diaorang tu....
keesokkannya kami pergi naik bot ke pulau-pulau sekitar tasik kenyir... Ada tempat tumbuhan herba, air terjun, ikan dll....
Balik dari menyusuri pulau-pulau tu, anak2 nak mandi lagi.... terjun lagi kolam mandi, sambil saya berehat dan terlelap kat situ....
Malam balik tidur.... Esok pagi2, selepas sarapan pagi, diaorang mandi lagi.... dalam jam 11.30 pagi kami bersiap untuk check out...
Memenatkan tetapi rasa terhibur melihat anak2 seronok..
Untuk foto yang lain boleh klik pada menu photo
No comments:
Post a Comment