Setelah pergi melawat ke Kuala Gandah Elephant Santuary, kami singgah ke Deerland yang terletak tidak jauh dari situ. Deerland merupakan pusat haiwan yang menarik dan dibuka untuk lawatan. Berkeluasan
4 hektar dan mempunyai lebih 30 rusa Indonesia ( timorences Cervus ) selain
daripada rusa , terdapat juga beruang , ular, arnab, kera dan lain-lain.
Saya juga mendapati terdapat tumbuhan herba dan rempah. Tongkat Ali boleh didapati disini.... Dari Kuala Lumpur boleh ikut Lebuhraya Karak ke Lancang.... Selepas itu, ikut signboard ke Kuala Gandah Elephant Santuary... Deerland ada kat sebelah kanan... Dalam 2 jam boleh sampai ke sini dari KL...
Nani dan Aimi sedang memberi makan kepada rusa..ubi kentang.............
First time pegang ular sawa., rasa sejuk semacam..
No comments:
Post a Comment