Thursday, December 19, 2013

Taman Monumen Taman Tamadun Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entry kali ini kali kami ke Taman Monumen taman tamadun Islam terengganu pula. Kami sampai ke taman ini pada waktu pagi .. Sebelum masuk, seperti biasa kami ke kaunter untuk membeli tiket. Harganya ketika itu RM10.00 bagi dewasa dan RM5.00 bagi kanak-kanak.

Di pintu masuk kami diberi satu buku seperti pasport (sama seperti masuk ke Perkampungan Budaya Sarawak) yang mengandungi maklumat ringkas bagi setiap monumen yang ada. Pasport ini akan dicop menunjukkan anda mengunjunginya... Jangan hilangkan sekiranya anda berhajat ke sini lagi... boleh dapat diskaun tertentu pada kali kedua atau ketiga anda datang..


Oleh kerana kawasannya agak luas, kami menaiki buggy di perhentian yang disediakan.. Terdapat banyak monumen di situ seperti Masjid An Nabawi, Masjidil Haram, Masjid Sultan Omar Syarif di Brunei, Masjid Xian china, Masjid Besar Samara Iraq, Masjid Al Hambra Sepanyol dan lain-lain lagi... Ada lebih kurang 22 monumen di sini.. Ada juga tayangan video dalam sesetengah monumen tersebut..kami keluar dari taman ini dalam jam 1 tengahari.. Perut pun dah berbunyi...nak try masakan terengganu pulak..ikan bakar kot...

Anda juga boleh membeli cenderahati dan menikmati minuman dan makanan di cafe yang disediakan.. Berbaloi juga  untuk mengunjungi Taman Tamadun Islam ini kerana anda dapat melihat keunikan senibina masjid-masjid di seluruh dunia pada skala 1:8 dari saiz asal...






No comments:

Post a Comment