Thursday, December 5, 2013

Tanjung Piai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini kita pergi ke Tanjung Piai pula... Iaitu di Penghujung Selatan Tanah Besar Asia...Terletak 90km ke selatan pusat bandar Johor Bahru, Tanjung Piai telah diwartakan menjadi Taman Negara..

Terasa teruja memandu ke sana apabila diketahui ianya merupakan penghujung selatan tanah besar asia... Setibanya saya di sana, terdapat sebuah tugu dibina.. ketika itu proses menaiktaraf kawasan itu baru bermula... Beberapa orang pekerja sedang menanam pokok bunga dan membuat hiasan serta lanskap... Mungkin sekarang Tanjung Piai ini lebih cantik.. Dapatkan tiket di kaunter dan berjalanlah anda melalui platform yang disediakan untuk pejalan kaki...Semasa berjalan, pastikan anda melihat ikan tembakul bermata lebar, burung , kera dan hidupan lain.. berhati-hari dengan kera liar di situ... selamat datang ke Penghujung Selatan Tanah Besar Asia!

Dah sampai penghujung Selatan Tanah Besar Asia rupanya.......

Untuk foto lain boleh klik link di bawah:


No comments:

Post a Comment