Sunday, December 29, 2013

Japanese Village Berjaya Hills


  Assalamualaikum dan salam sejahtera... Kali ini saya nak membawa pembaca ke Japanese Village yang terletak di Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang... Terletak tidak jauh dari Colmar Tropicale Resort, dalam lima minit perjalanan, dah boleh sampai kat situ.. Kalau nak senang, bermalam kat Resort situ..dalam RM4++ jer.. Tapi kalau nak discount, tempah melalui internet! boleh survey harganya dulu... Bila dah tempah kat situ, boleh menaiki pengangkutan yang disediakan resort.  Boleh juga kalau nak pergi dengan kereta sendiri jika nak round sekitar sendirian.. Dalam Japanese Village itu terdapat Japanese Tea House, Taman Botani, Tatami Spa, Ume Tatami Suite dan Ryo Zan Tei Restaurant.. Terdapat juga kolam ikan koi, taman bunga dan rumah teh Jepun..boleh tengok bagaimana cara penyediaan teh di situ.. Terasa aman dan tenteram berada di situ dikelilingi oleh pepohon hijau dan batu-batu cantik... Terdapat aliran anak sungai mengalir di situ dan airnya yang sejuk.... Cuma kena berjalan menaiki dan menuruni bukit tu yang tak tahannya.... bagi yang menghayati alam, jangan terburu-buru nanti penat berjalan kerana kawasannya agak luas.. rileks dan jalan perlahan-lahan di laluan trek batu kerikil yang disediakan...tengok-tengoklah burung yang ada kalau anda terjumpa....





Untuk foto yang lain boleh layari link di bawah:

No comments:

Post a Comment