Sunday, July 27, 2014

Universal Studios Singapore (USS)


Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera..
Kali ini kita bercerita mengenai Singapore pulak...
Cuti sekolah hari tu cikgu dah plan nak ke Singapore...kebetulan pulak ada anak buah sebelah wife cikgu nie bekerja kat Singapore.. So kami pun buat planning la... Kakak dan adik kepada wife cikgu pun kata diorang nak ikut juga....
Sebelum pi tu buat survey dulu kat internet.. Ada kata boleh dapat tiket murah melalui agen-agen.., cikgu nie manala tau agen2 nie... so cikgu tempah secara online jarrr... Tengok harga kat situ macam murah ja... rupanya tu dalam dollar singapore, convert balik duit Malaysia, emmmm... tepuk dahi juga.. hihi.
Tapi tak apalah.. asalkan boleh pijak kaki kat Singapore kira berbaloilah...

Tourist guide kami dari Malaysia adalah kakak ipar cikgu... save budget, orang lama menetap kat Johor Bahru.. tahu la selok belok tentang imigresen kat Woodland tu...

Sampai kat sana, kami diketemukan pula tourist guide baru... anak kakak ipar cikgu la.. yang kerja kat Singapore..

Dibawanya naiki MRT Singapore ke Pulau Sentosa.. nak pi Universal Studio.. Dalam MRT tu, rata2 rakyat singapore nie, asyik dengan gadjet ja.. Ada main game, ada tengok movies, baca cerita novel kat internet dan ada pula tidooo...

Sampai kat situ, kami jalan kaki ke pulau tu... tourist kata boleh naik cable car, naik tren @ jalan kaki... Oleh kerana sume pakat nak jalan kaki, cikgu ikut jer... walaupun hati nie tak mau jalan kaki...


Sampai kat sana, beli tiket dan masuk USS..
bila dah masuk, bergambarlah dulu kat depan tu untuk kenangan...

USS nie luas juga.. ada macam-macam permainan hiburan kat situ.. mula-mula sekali cikgu pi cari lokasi "Transformers: The ride" ...Ramainya orang berbaris.... Transformers ini antara yang paling best la... kalau datang mesti masuk, kalau tak rugi... masuk kat situ, naik kereta dan... enjoy the show... Syok! (rate 9/10) anda akan dibawa ke alam tranformers 3D..... Anda akan diselamatkan oleh Optimus Prime dan rakan-rakan termasuklah Bumblebee... lebih2 lagi si Amir nie suka transformer... Kat dalam keta tu, kalau nak jerit, jerit laa...... seram ada, takut pun ada... walaupun khayalan, tapi macam real.....!


Habis transformer the ride, kami pergi pula kat 'Encient Egypt'... nak tengok 'Revenge of the mummy'..  beratur pulak... sampai kat situ, kena ukur ketinggian dulu.. nasib baik si kecik Aimi boleh lepas.. maka naiklah kami dalam satu tren roller coster... ingatkan biasa saja, rupanya kalau ada penyakit jantung diingatkan jangan naik..! Bukannya takut kerana mummy tu, tapi kerana terlalu laju roller coster tuuuu.... adik ipar sampai takleh nak jalan lepas tu...kikiki... mendebarkan..! dah ler gelap, thriller pulak...! Opsss lupa, ada satu ketika kamera AES akan tangkap gambar, jangan lupa untuk "senyum".....


Selepas enjoy the ride, kami pergi pula ke bahagian 'The Lost World'... beratur lagi..... Kat sini kami naik bot. Untuk pengetahuan pembaca, ada la splashing water sikit... maklumlah naik bot... tapi tak lah sampai basah kuyup. Ada antara pelancong2 siap beli baju hujan lagi....
Selepas tu kami ke 'Far far Away' pulak...
Kat sini, budak2 mesti suka, sebab ada karektor yang mereka suka seperti 'shrek', 'pinochio', 'fairy' dan lain-lain.....

Di sini, kami dibawa masuk ke dalam wayang gambar 4D, selain pakai kaca mata 3D, ada la effect kat dalam wayang tu seperti semburan air dan lain2... tak leh bagitau, nanti tak syok pulak korang pergi masuk... hihihi...
ada ketika-ketika tertentu, 'shrek' , 'pinochio', 'fairy akan keluar untuk bergambar bersama-sama... apa lagi snap la 2-3 keping sebagai kenangan....

bergambar bersama "shrek"

Aimi bergambar dengan "Fairy"

Kemudian Amir, aimi dan Nani pergi main pula 'Madagascar', naik buaian... kami kat bawah tunggu diorang, lepaskan penat dulu....



Selepas diaorang main, kami naik pula 'canopy flyer'... kecut juga, ada ketikanya nak langgar pokok2 dan tiang di bawah... Si Amir pula...tak mau naik langsung... haha... takut la tuuu....
Yang lain2 tu seperti 'Sci-Fi- city', anak-anak yang naik, kitaorang pergi sembahyang kat surau sebelah 'encient egypt'..
Habis tu kami pusing2, bergambar, masuk ke 'New York City', makan, beli sourviner... banyak lagilah...... Pendek kata sangat menarik datang ke sini untuk hiburan.. 

Sesame Street

Gambar kenangan kat Madagascar

Posing kat depan kedai Cenderamata