Sunday, September 28, 2014

Sambutan Kemerdekaan Malaysia

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Tanggal 31 Ogos 1957, wujudlah sebuah negara yang berdaulat dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu... Kini ditukar ganti dengan nama MALAYSIA selaras dengan kepelbagaian etnik dan budaya yang bercampur baur di sini..menjadi acuan 'trademark' dimata dunia... Di sini juga lahirnya sebuah cinta dan disini jugalah tersemai cita-cita yang bercambah menjadi warisan...... Tanah ini akan terus diberkati dan dirahmati oleh Yang Maha Esa.. in sha Allah.....

Dipupuk dan disemai cinta ini..bertatih demi bertatih, langkah demi langkah mengorak ke Wawasan dibina..... Benih ini disemai ke dalam jiwa generasi yang akan datang, kerana merekalah pemimpin di masa hadapan.. bagaimana acuan begitulah bentuknya....

Tidak kurang juga di sekolah cikgu, sambutan ini begitu meriah sekali... Tahniah juga buat mereka yang yang terlibat sama ada secara langsung mahupun sebagai pemerhati sahaja... Terutama Panitia Sivik dan Sejarah yang tidak sempat kering keringat dek nak hasilkan yang terbaik.....tidak dinafikan sambutan ini memberi kesan dan makna kepada semua..

Pelbagai program diatur dan disusun bagi mencapai matlamat dan objektif sambutan ini.. Semoga program ini diteruskan saban tahun dengan idea-idea yang kreatif dari generasi yang kreatif..












Muzium Sultan Abu Bakar

Alhamdullillah bertemu lagi kita di sini......

Kali ini kita ke Muzium Sultan Abu Bakar  yang terletak di Pekan, Pahang iaitu tempat kelahiran Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, Datuk Seri Najib bin Abdul Razak. Sebenarnya cikgu nak ke Cherating, tetapi ketika cikgu melalui jalan tersebut bertemulah cikgu dengan muzium ini yang terletak di tepi jalan utama....
Setelah sampai di situ, kelihatan pemandangan yang cantik dimana terdapat padang yang luas dihadapan muzium tersebut. Di dalam padang yang luas itu terdapat pula jet pejuang dan helikopter dengan beberapa ekor kuda yang sedang meragut rumput. Dibawah ini ditunjukkan pemandangan di hadapan muzium tersebut...





Dah nampak? rupa-rupanya kuda tu hanyalah kayu.... nampak dari jauh seperti kuda betul...cayalah.... Kami sekeluarga terus ke muzium...
Sampai di sana, kami disambut oleh pengawal yang bertugas... Nak masuk kena la ambil tiket masuk dulu... Dewasa RM4.00 seorang manakala kanak-kanak percuma. Maaf ye, nak masuk mestilah buka kasut.... adat orang melayu.
 Di setiap bilik terdapat nombor yang perlu diikuti. Dari nombor satu hingga lima. Di bilik satu terdapat  senjata melayu lama  seperti  keris dan lembing.



Di bilik yang kedua pula terdapat sejarah berkaitan Kesultanan Pahang.. Nak dapatkan info tentang sultan Pahang bolehlah membaca disini.....

Kami teruskan pula ke bilik ketiga dimana dibilik ini berkaitan dengan orang asli Pahang... Banyak info yang berguna juga disini... terdapat juga sejarah dalam buku teks yang menceritakan kewujudan bahan-bahan yang dipaparkan disini... nak tau lebih lanjut boleh mai disini.... kalau diceritakan semua disini nanti tak advanture pulak... hihi... Tapi cikgu bekalkan sedikit gambar berkaitan...




Terus ke bilik keempat pula, dimana terdapat 'seni khat' dipaparkan dalam bilik ini.... selesa pula berada di dalam bilik ini... Seni khat ini menghiasi ruangan sudut di dalam bilik ini... pandai pekerja muzium ini menyusunnya....



Akhir sekali bilik kelima, terdapat alat muzik lama dan tembikar yang lama dipamerkan di situ... cikgu tak lama dibilik itu kerana nak solat dulu.... masih jauh lagi perjalanan cikgu sekeluarga... Alhamdulillah kat situ disediakan ruang untuk solat dan berhajat.... Pengalaman melawat muzium ini bagi cikgu best juga di samping pegawainya yang ramah... harapnya keramahan ini ditunjukkan sepanjang masa..... sehingga jumpa lagi..