Sunday, September 28, 2014

Sambutan Kemerdekaan Malaysia

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Tanggal 31 Ogos 1957, wujudlah sebuah negara yang berdaulat dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu... Kini ditukar ganti dengan nama MALAYSIA selaras dengan kepelbagaian etnik dan budaya yang bercampur baur di sini..menjadi acuan 'trademark' dimata dunia... Di sini juga lahirnya sebuah cinta dan disini jugalah tersemai cita-cita yang bercambah menjadi warisan...... Tanah ini akan terus diberkati dan dirahmati oleh Yang Maha Esa.. in sha Allah.....

Dipupuk dan disemai cinta ini..bertatih demi bertatih, langkah demi langkah mengorak ke Wawasan dibina..... Benih ini disemai ke dalam jiwa generasi yang akan datang, kerana merekalah pemimpin di masa hadapan.. bagaimana acuan begitulah bentuknya....

Tidak kurang juga di sekolah cikgu, sambutan ini begitu meriah sekali... Tahniah juga buat mereka yang yang terlibat sama ada secara langsung mahupun sebagai pemerhati sahaja... Terutama Panitia Sivik dan Sejarah yang tidak sempat kering keringat dek nak hasilkan yang terbaik.....tidak dinafikan sambutan ini memberi kesan dan makna kepada semua..

Pelbagai program diatur dan disusun bagi mencapai matlamat dan objektif sambutan ini.. Semoga program ini diteruskan saban tahun dengan idea-idea yang kreatif dari generasi yang kreatif..












No comments:

Post a Comment