Dulunya Sungai Melaka digunakan sebagai laluan perdagangan dan kegunaan harian... tetapi hari ini menjadi laluan pelancong yang berkunjung ke situ... Sampai sahaja kami di sana, kami ke kaunter untuk membeli tiket untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak.. around RM35.00 sahaja.. Terdapat stesen-stesen pemandangan di situ...tapi tak berhenti di stesen itu, kecuali jika kita nak turun di stesen itu...
Di sepanjang laluan sungai Melaka kita dapat melihat deretan senibina rumah melayu melaka yang dinaiktaraf dan dicat dengan cantik. Bangunan-bangunan di tepi sungai dilukis dengan mural yang cantik.. terdapat juga lukisan laksamana Cheng Ho dan pahlawan melaka...
sepatutnya mengikut tertib kita kena minta dulu untuk ambil gambar mereka...disepanjang menyusur sungai melaka, kita boleh lihat gelagat orang di darat dari dalam cruise..
Banyak pelancong yang berjalan kaki meredah platform yang dibina untuk pejalan kaki menikmati pemandangan di tepi pantai, bagi yang gemar membaca, lepak2 kat tepi sungai sambil menghirup kopi, kan ke best...
Bagi saya pengalaman menaiki cruise ini kalau boleh pada waktu siang dan malam... waktu malam, kita boleh lihat kerlipan lampu-lampu menghiasi sungai...cuma pemandangan tak sejelas waktu siang... Apa pun seronok juga sekali sekala menyusuri sungai...
Terdapat juga monorel kat situ.. tak pasti samada beroperasi atau tidak...
No comments:
Post a Comment