Wednesday, January 1, 2014

Taman Negeri Bukit Panchor

Ketika fenomena korean 'Gangnam Style' melanda, kami berkunjung ke Taman Negeri Bukit Panchor yang terletak di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan setelah menziarahi adik saya di Kampung Acheh, Pulau Pinang.. Kebetulan dah sampai berdekatan area sana, kami menuju ke destinasi tersebut... Alhamdulillah ketika kami sampai cuaca pun baik.

Persekitaran taman tersebut agak luas, terdapat kemudahan seperti pondok rehat, tapak perkhemahan, tandas, pusat maklumat dan juga taman rimba.. sesuai untuk berehat-rehat di situ. Dibuka dari pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang.. Tiada bayaran masuk dikenakan..
Namun didapati penjagaannya kurang, walaupun terdapat beberapa pekerja yang menjalankan kerja-kerja disitu, tetapi masih nampak terbiar... pondok2 dilihat berada dalam keadaan usang..

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti berkhemah, boleh bermalam di sini. Boleh berhubung dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang untuk tujuan tersebut. Dari pemerhatian saya, suasana di sini agak sunyi kerana tidak ramai orang...
Ketika kami sampai terdapat beberapa pemuda dan pemudi berkumpulan di situ baru selesai mandi... Di kawasan tempat mandi berdekatan di situ, tak ramai orang yang mandi.. mungkin perlu mendaki naik ke atas lagi...






No comments:

Post a Comment