
Kali ini kita bercerita mengenai Singapore pulak...
Cuti sekolah hari tu cikgu dah plan nak ke Singapore...kebetulan pulak ada anak buah sebelah wife cikgu nie bekerja kat Singapore.. So kami pun buat planning la... Kakak dan adik kepada wife cikgu pun kata diorang nak ikut juga....
Sebelum pi tu buat survey dulu kat internet.. Ada kata boleh dapat tiket murah melalui agen-agen.., cikgu nie manala tau agen2 nie... so cikgu tempah secara online jarrr... Tengok harga kat situ macam murah ja... rupanya tu dalam dollar singapore, convert balik duit Malaysia, emmmm... tepuk dahi juga.. hihi.
Tapi tak apalah.. asalkan boleh pijak kaki kat Singapore kira berbaloilah...
Tourist guide kami dari Malaysia adalah kakak ipar cikgu... save budget, orang lama menetap kat Johor Bahru.. tahu la selok belok tentang imigresen kat Woodland tu...
Sampai kat sana, kami diketemukan pula tourist guide baru... anak kakak ipar cikgu la.. yang kerja kat Singapore..
Dibawanya naiki MRT Singapore ke Pulau Sentosa.. nak pi Universal Studio.. Dalam MRT tu, rata2 rakyat singapore nie, asyik dengan gadjet ja.. Ada main game, ada tengok movies, baca cerita novel kat internet dan ada pula tidooo...
Sampai kat situ, kami jalan kaki ke pulau tu... tourist kata boleh naik cable car, naik tren @ jalan kaki... Oleh kerana sume pakat nak jalan kaki, cikgu ikut jer... walaupun hati nie tak mau jalan kaki...
bila dah masuk, bergambarlah dulu kat depan tu untuk kenangan...




ada ketika-ketika tertentu, 'shrek' , 'pinochio', 'fairy akan keluar untuk bergambar bersama-sama... apa lagi snap la 2-3 keping sebagai kenangan....
bergambar bersama "shrek"
Aimi bergambar dengan "Fairy"
Kemudian Amir, aimi dan Nani pergi main pula 'Madagascar', naik buaian... kami kat bawah tunggu diorang, lepaskan penat dulu....

Selepas diaorang main, kami naik pula 'canopy flyer'... kecut juga, ada ketikanya nak langgar pokok2 dan tiang di bawah... Si Amir pula...tak mau naik langsung... haha... takut la tuuu....
Yang lain2 tu seperti 'Sci-Fi- city', anak-anak yang naik, kitaorang pergi sembahyang kat surau sebelah 'encient egypt'..
Habis tu kami pusing2, bergambar, masuk ke 'New York City', makan, beli sourviner... banyak lagilah...... Pendek kata sangat menarik datang ke sini untuk hiburan..
Sesame Street
Gambar kenangan kat Madagascar
Posing kat depan kedai Cenderamata