Sunday, July 27, 2014

Universal Studios Singapore (USS)


Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera..
Kali ini kita bercerita mengenai Singapore pulak...
Cuti sekolah hari tu cikgu dah plan nak ke Singapore...kebetulan pulak ada anak buah sebelah wife cikgu nie bekerja kat Singapore.. So kami pun buat planning la... Kakak dan adik kepada wife cikgu pun kata diorang nak ikut juga....
Sebelum pi tu buat survey dulu kat internet.. Ada kata boleh dapat tiket murah melalui agen-agen.., cikgu nie manala tau agen2 nie... so cikgu tempah secara online jarrr... Tengok harga kat situ macam murah ja... rupanya tu dalam dollar singapore, convert balik duit Malaysia, emmmm... tepuk dahi juga.. hihi.
Tapi tak apalah.. asalkan boleh pijak kaki kat Singapore kira berbaloilah...

Tourist guide kami dari Malaysia adalah kakak ipar cikgu... save budget, orang lama menetap kat Johor Bahru.. tahu la selok belok tentang imigresen kat Woodland tu...

Sampai kat sana, kami diketemukan pula tourist guide baru... anak kakak ipar cikgu la.. yang kerja kat Singapore..

Dibawanya naiki MRT Singapore ke Pulau Sentosa.. nak pi Universal Studio.. Dalam MRT tu, rata2 rakyat singapore nie, asyik dengan gadjet ja.. Ada main game, ada tengok movies, baca cerita novel kat internet dan ada pula tidooo...

Sampai kat situ, kami jalan kaki ke pulau tu... tourist kata boleh naik cable car, naik tren @ jalan kaki... Oleh kerana sume pakat nak jalan kaki, cikgu ikut jer... walaupun hati nie tak mau jalan kaki...


Sampai kat sana, beli tiket dan masuk USS..
bila dah masuk, bergambarlah dulu kat depan tu untuk kenangan...

USS nie luas juga.. ada macam-macam permainan hiburan kat situ.. mula-mula sekali cikgu pi cari lokasi "Transformers: The ride" ...Ramainya orang berbaris.... Transformers ini antara yang paling best la... kalau datang mesti masuk, kalau tak rugi... masuk kat situ, naik kereta dan... enjoy the show... Syok! (rate 9/10) anda akan dibawa ke alam tranformers 3D..... Anda akan diselamatkan oleh Optimus Prime dan rakan-rakan termasuklah Bumblebee... lebih2 lagi si Amir nie suka transformer... Kat dalam keta tu, kalau nak jerit, jerit laa...... seram ada, takut pun ada... walaupun khayalan, tapi macam real.....!


Habis transformer the ride, kami pergi pula kat 'Encient Egypt'... nak tengok 'Revenge of the mummy'..  beratur pulak... sampai kat situ, kena ukur ketinggian dulu.. nasib baik si kecik Aimi boleh lepas.. maka naiklah kami dalam satu tren roller coster... ingatkan biasa saja, rupanya kalau ada penyakit jantung diingatkan jangan naik..! Bukannya takut kerana mummy tu, tapi kerana terlalu laju roller coster tuuuu.... adik ipar sampai takleh nak jalan lepas tu...kikiki... mendebarkan..! dah ler gelap, thriller pulak...! Opsss lupa, ada satu ketika kamera AES akan tangkap gambar, jangan lupa untuk "senyum".....


Selepas enjoy the ride, kami pergi pula ke bahagian 'The Lost World'... beratur lagi..... Kat sini kami naik bot. Untuk pengetahuan pembaca, ada la splashing water sikit... maklumlah naik bot... tapi tak lah sampai basah kuyup. Ada antara pelancong2 siap beli baju hujan lagi....
Selepas tu kami ke 'Far far Away' pulak...
Kat sini, budak2 mesti suka, sebab ada karektor yang mereka suka seperti 'shrek', 'pinochio', 'fairy' dan lain-lain.....

Di sini, kami dibawa masuk ke dalam wayang gambar 4D, selain pakai kaca mata 3D, ada la effect kat dalam wayang tu seperti semburan air dan lain2... tak leh bagitau, nanti tak syok pulak korang pergi masuk... hihihi...
ada ketika-ketika tertentu, 'shrek' , 'pinochio', 'fairy akan keluar untuk bergambar bersama-sama... apa lagi snap la 2-3 keping sebagai kenangan....

bergambar bersama "shrek"

Aimi bergambar dengan "Fairy"

Kemudian Amir, aimi dan Nani pergi main pula 'Madagascar', naik buaian... kami kat bawah tunggu diorang, lepaskan penat dulu....



Selepas diaorang main, kami naik pula 'canopy flyer'... kecut juga, ada ketikanya nak langgar pokok2 dan tiang di bawah... Si Amir pula...tak mau naik langsung... haha... takut la tuuu....
Yang lain2 tu seperti 'Sci-Fi- city', anak-anak yang naik, kitaorang pergi sembahyang kat surau sebelah 'encient egypt'..
Habis tu kami pusing2, bergambar, masuk ke 'New York City', makan, beli sourviner... banyak lagilah...... Pendek kata sangat menarik datang ke sini untuk hiburan.. 

Sesame Street

Gambar kenangan kat Madagascar

Posing kat depan kedai Cenderamata

Tuesday, June 3, 2014

Pulau Kapas

Assalamualaikum wbt....

Bertemu lagi disini....
Kali ini cikgu nak travel ke Pulau Kapas pula. Terletak kat daerah Marang, Negeri Terengganu. Kalau dok kat Jeti Marang tu boleh la nampak pulau nie, tak jauh iaitu hanya lebih kurang 6 km sahaja... taklah besar sangat dan yang bestnya nampak seperti putih ala2 kapas gituu....

Cikgu sampai kat Terengganu dan bermalam kat resort tepi pantai walaupun boleh nak bermalam kat hotel2.. coz anak-anak dah teringin nak pijak pasir pantai. Selain itu makan malam kat tepi pantai.. fuyooo best... makanannya pun murah murah... orderla ikan siakap masak 5 rasa, kerang rebus, sotong goreng tepung tu kira wajib la... petang tadi pun dan bedal sepinggan makan gitu aja... Angin malam agak kuat mungkin dah nak masuk musim tengkujuh...

Berbalik cerita pasal Pulau Kapas, ada banyak pilihan atau pakej penginapan, berkhemah, snorkeling, skuba, kayak, candat sotong, round island dan lain lain lagi. Cuma siap duit jerr..

Kat Jeti Marang, terdapat banyak agen yang tawarkan pakej macam Mak Cik Gemok, Kapas Coral dan lain-lain... kena pandai tawar menawar pilih harga yang korang rasa berbaloi...Cikgu ambil pakej snorkeling, nak tido di pulau tu rasa tak berbaloi pulak, takkan nak buat campfire sekeluarga.. emmm..

Perjalanan ke Pulau Kapas tu dalam 20 minit.. nasib baik naik bot besar, ombak agak besar bagi cikgu.... terumbang juga bot tu... Sampai kat sana...
Pasir pantai putih... air laut jernih... nampak dasar dan batu karang.... Anak-anak dah tak sabar, tukar baju terus mandi laut..... itu matlamat kami...

Bila dah mandi, basah-basah datang la bot nak gie snorkeling pula... dibawanya cikgu sekeluarga ke tengah laut dan dilepaskan kami disitu... Budak budak lagi seronok sebab bila pakai ja 'life jacket' mereka boleh terapung... Tak la dalam sangat di situ, oleh kerana airnya sangat jernih, boleh nampak terumbu karang di dasar laut... bila dah snorkeling nie rasanya tak mau naik bot balik... ikan yang warna warni, terumbu karang cantik.. lebih-lebih lagi anak-anak ikan kecil2 datang kerumun tepi.... syok syok...

Lama juga kami snorkeling, sampai tak sedar kulit dah tukar warna... nak pulih balik seminggu dua la pula.. tu pun dah bubuh losyen....











Tuesday, February 4, 2014

Chinese New Year 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Tahun Baru Cina nie Admin balik sambut CNY dengan family sebelah sana.. Sambutan ala kadar tapi meriah.. Anak-anak pun suka, boleh dapat 'ang pau'.. Tapi itu bukanlah matlamat utama.. yang penting ikatan persahabatan itu terbina, hubungan yang tidak putus walaupun berlainan agama.. Kita kan 1 Malaysia...


 Apa pun kita boleh hidup bersama jika kita memahami antara satu sama lain., saling bertolak ansur.. Mungkin ada yang dapat lebih dan ada yang kurang, namun semua itu boleh kita 'adjust' bagi semua rasa puas hati..

Kekadang terdengar bisikan-bisikan yang kurang menyenangkan, tapi sebenarnya admin sendiri yang lebih mengetahuinya kerana kita berada ditengah-tengah.. Jadi tugas orang tengah inilah nak perbetulkan pepsepsi yang negatif itu.. Lama kelamaan semua pihak boleh menerima dan berlapang dada..


Tertariknya kedua-dua pihak dapat menerima dengan hati yang senang,berlapang dada, bergaul dan beramah mesra.. Seronok melihat kedua-dua pihak mengetahui kebudayaan dan agama masing-masing yang mana sebelum ini pelbagai persepsi negatif terhadap kebudayaan dan agama bermain di fikiran... Sebenarnya kita boleh hidup harmoni dan bersatu jika kita sebarkan maklumat yang betul dan tepat.. Gong Xi Fa Cai!..

Sunday, January 5, 2014

KidZania

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pernahkah anda membawa anak-anak anda atau kanak-kanak ke KidZania Kuala Lumpur? Suatu tempat dimana kanak-kanak memainkan peranan seperti orang dewasa di alam pekerjaan..

Kami secara kebetulan melihat promosi di tv berkaitan KidZania, ketika itu anak-anak pun nampaknya sangat berminat..... Oleh kerana mereka sangat berminat hendak ke situ, maka kami pun meletakkan 'syarat-syarat' tertentu jika mereka hendak ke situ..

Hendak tak hendak mereka cuba untuk penuhi syarat tersebut.... boleh pula mereka bekerjasama untuk penuhinya.... haha..

Terletak berdekatan dengan Ikea dengan tiket masuk RM55.00 bagi pemegang MyKid, anda akan dibekalkan dengan cek 50 kidZos (mata wang) , pas masuk dan peta. Harap maklum, hanya kanak-kanak berumur antara 4 hingga 14 tahun sahaja dibenarkan..... ibu bapa hanya boleh melihat sahaja di luar tempat mereka bekerja! Terdapat lebih kurang 90 pekerjaan  dimana kanak-kanak dapat main peranan mereka.

Antara pekerjaan yang ditawarkan ialah pilot, doktor bedah, polis, bomba, pelukis, fotographer, juruteknik komputer, pembuat burger, pensyarah, pembuat kek, kilang mineral water dan lain-lain lagi....

Faktor utama adalah masa! dalam masa sehari, tak mungkin anda akan dapat main peranan semua pekerjaan di situ... Setiap pekerjaan akan mengambil masa lebih kurang 15-30 minit satu-satu masa... Mesti kanak-kanak akan berkunjung lagi ke situ jika ada peluang...!

Jika mereka berminat menjadi ahli bomba, mereka akan dapat memakai pakaian bomba, menaiki kereta bomba, memadam api dan lain-lain... Pastinya kanak-kanak akan teruju untuk melakukan semua ini.... Jangan takut jika mereka pergi  mencuba main peranan pekerjaan yang mereka suka secara bersendirian kerana kanak-kanak ini cepat mengadaptasi perubahan yang berlaku disekeliling mereka!

Ibu bapa mana yang tidak seronok apabila andainya anak-anak mereka berjaya mencapai cita-cita mereka!

Maklumat lanjut:
Isnin - Jumaat : 10:00-05:00
Sabtu / Ahad / Cuti Umum / Cuti Sekolah : 10 pagi hingga 3 petang ( Sesi 1 ) dan 4:00-21:00 (Sesi 2)

Bayaran masuk KidZania
Bayi (berumur 0-1 ) : Malaysia / bukan warganegara Malaysia (Percuma)
Kanak-kanak ( berumur 2-3) : Malaysia / bukan warganegara Malaysia (RM35 )
Kid (berumur 4-17 ): Malaysia ( RM55 ) Bukan Malaysia ( RM75)
Dewasa (berumur 18-59 ): Malaysia ( RM35 ) Bukan Malaysia ( RM50)
Warga Emas (berumur 60 ke atas) : Malaysia / bukan warganegara Malaysia (RM30).

Friday, January 3, 2014

Tarian Singa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahukah anda bahawa tarian singa merupakan adat dan warisan masyarakat cina sejak dahulu kala lagi... Kebiasaannya 2 orang penari akan menarikan aksi lagak sang singa dengan memakai kostum berupa seekor singa.. Penari hadapan berperanan untuk mengerakkan kepala kostum singa manakala pasangannya akan memainkan peranan mengerakkan bahagian belakang selari dengan bahagian kepala secara berterusan seperti seekor singa...

Bagi masyarakat cina, singa dianggap sebagai pelindung kerana sifatnya yang kuat, begitu juga bagi masyarakat yang lain di asia..

Setiap negara didapati mempunyai corak dan tarian yang berbeza. Maka tak hairanlah di Indonesia juga mempunyai tarian singa! Di negara China, tarian yang popular ialah Tarian Singa Utara dan Tarian Singa Selatan.

Tarian singa yang biasa kita lihat di Malaysia berbentuk Tarian Singa Selatan.. Pernah dengar atau tengok cerita 'Wong Fei Hong'? Itu adalah di bahagian Selatan..


Bagi Tarian Singa Utara pula, pakaian atau kulit singa biasanya mempunyai bulu emas dan berkilauan.. Kebiasaannya penari singa ini akan menari di atas bola yang besar....