Friday, January 3, 2014

Tarian Singa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahukah anda bahawa tarian singa merupakan adat dan warisan masyarakat cina sejak dahulu kala lagi... Kebiasaannya 2 orang penari akan menarikan aksi lagak sang singa dengan memakai kostum berupa seekor singa.. Penari hadapan berperanan untuk mengerakkan kepala kostum singa manakala pasangannya akan memainkan peranan mengerakkan bahagian belakang selari dengan bahagian kepala secara berterusan seperti seekor singa...

Bagi masyarakat cina, singa dianggap sebagai pelindung kerana sifatnya yang kuat, begitu juga bagi masyarakat yang lain di asia..

Setiap negara didapati mempunyai corak dan tarian yang berbeza. Maka tak hairanlah di Indonesia juga mempunyai tarian singa! Di negara China, tarian yang popular ialah Tarian Singa Utara dan Tarian Singa Selatan.

Tarian singa yang biasa kita lihat di Malaysia berbentuk Tarian Singa Selatan.. Pernah dengar atau tengok cerita 'Wong Fei Hong'? Itu adalah di bahagian Selatan..


Bagi Tarian Singa Utara pula, pakaian atau kulit singa biasanya mempunyai bulu emas dan berkilauan.. Kebiasaannya penari singa ini akan menari di atas bola yang besar....
 


No comments:

Post a Comment