Friday, November 22, 2013

Hatyai

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Antara tempat pelancongan luar negara yang terdekat, Hatyai, Thailand..Dikunjungi oleh pelancong Malaysia... termasuklah cikgu... 
Untuk ke sana, kalau penjawat awam macam cikgu, banyak karenah sikit... selain dari buat pasport @ border pass, kena mohon pass lawatan dulu dari Ketua Jabatan.. Cikgu pergi ikut Bukit Kayu Hitam.. Kali pertama dengan travel agensi, kemudian pergi dengan kawan-kawan...Boleh pergi pasar terapung, tunggang gajah, main go kart, beli belah, menembak dan macam-macam lagi...Pendek kata best jugalah ke sana, selain perabih duit sebab barang murah...

Suasana pasar terapung, colourful.....

Salah satu makanan kat sana..

Makan-makan kat pasar terapung...



berlatih menembak dulu.... lepas nie tembak cicak kat rumah..


Boleh naik gajah kat sini... Tapi cikgu tak naik pun,save budjet....

untuk foto lain boleh layari


Bangkok, Thailand

Sebelum pertengahan sekolah berakhir, cepat-cepat cikgu selesaikan kerja yang bertimbun-timbun... Selesai kerja, fikiran pun tenang...
Ada kawan-kawan yang mengajak melancong ke Eropah, ....Alahai.. gaji cikgu pun bukannya banyak sangat....
teringin juga nak pergi melancong, lepaskan tension sambil tengok bumi yang Allah ciptakan.... Budjet tak banyak, so cikgu pilih destinasi Kota Bangkok, Thailand...
Gambar kenangan

Thailand sememangnya terkenal dengan banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi... contohnya Hatyai, Krabi, Phuket, Patong, Chiang Mai, Bangkok dll....

Semasa melancong, cikgu pergi Pattaya, Cha Am, Madame Tassauds, Siam Paragon, Floating market, Siam Ocean World, Mini Siam, dll..
Boleh tengok video pengembaraan cikgu kat sana. klik sini.

Kuching

Salah satu destinasi yang menarik ialah Sarawak . Juga dikenali sebagai Bumi Kenyalang....
Cikgu pergi bersama ibu, ayah serta family cikgu..Dari Penang naik flight Air Asia terus ke Kuching, Sarawak...
Setibanya cikgu di sana, cikgu disambut oleh pemandu pelancong yang ramah..Selama 3 hari cikgu round bandar Kuching dan sekitarnya.... Menarik juga melancong ke Sarawak...Kebetulan jumpa kawan cikgu yang bertugas di sana, maka berborak sakanlah dengan kawan cikgu tu kat Waterfront....
Di bawah ini cikgu sertakan gambar kenangan cikgu di sana..


gambar 1 : Kampung Budaya
Melihat kebudayaan kaum-kaum di Sarawak, termasuklah rumah, aktiviti dan sebagainya..Penat juga berjalan kat sini..... Si Aimi sempat menari lagi bersama kaum di situ...


Gambar 2 : Jong's Crocodile
Suatu kawasan di mana buaya diternak...
Terdapat juga koleksi dan pertunjukan buaya.. menarik juga bila buaya itu diberi makan..


Gambar 3 : Muzium Sarawak dan Muzium Kucing
Terdapat banyak muzium yang berdekatan.. kalau kuat berjalan boleh lihat semua...Alang-alang dah sampai, cikgu jalan tengok semua...


Gambar 4: Sekitar Kuching Waterfront 
Di sini kita boleh menyusur sungai Rejang dengan bot.. Bot besar kena tunggu masa berlepas, cikgu naik bot kecil saja.. seronok si Amir dapat bawa bot..
Ada juga kedai kek di situ... cikgu siap tempah Kek Dayang Salhah satu kotak bawa balik..berwarna warni lagi.... Siti Nurhaliza pun pernah datang situ...

Nak tengok video semasa cikgu kat sana?

klik link video di bawah.

KL Bird Park

       Assalamualaikum dan salam sejahtera... Jom kita menjengah ke KL Bird Park yang terkenal dengan suasana hutan hujan tropikanya yang menghijau sebaik sahaja kita melangkah masuk ke dalam. Merupakan salah satu taman burung  yang terbesar di dunia, kita dihidangkan dengan pelbagai spesies burung yang terbang bebas dan hidup harmoni dalam ekosistem separa semula jadi ini. Tidak ketinggalan juga saya katakan terdapat juga spesis merpati terbesar di dunia yang bersaiz ayam belanda! tak percaya?? silalah berkunjung ke sini..

       Sebenarnya saya agak takut dengan binatang yang boleh terbang..fobia sewaktu kecil-kecil...Tapi memberanikan diri untuk masuk juga.. kaget juga dikelilingi dengan burung2 yang melata...
Saya perhatikan burung besar seperti flamingo yang jalan berderet-deret dan nampak jinak... terasa geli badanku..


Si Aimi sempat bergambar sebelum masuk ke dalam taman

Saya berpeluang untuk melihat bagaimana Storks Yellow-billed mengumpul ranting jatuh untuk membina sarang....hebatkan! Nak tahu yang mana Storks Yellow-billed, ada info di sepanjang laluan pejalan kaki...
Masuk ke dalam lagi terdapat air terjun buatan di situ, boleh rehat-rehat sementara menunggu waktu show bermula..


 

Dibuka setiap hari....Jangan lepaskan peluang ini...

lokasi GPS : N3 08.581 E101 41.294



gambar kenangan

Taman Negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lokasi kali ini ialah Taman Negara.... sedikit info tentang Taman Negara..

  • Melihat kehidupan liar , meredah hutan , mendaki, mendaki gunung, memancing, berkhemah dan banyak lagi. Ia dibuka sepanjang tahun.
  • Meliputi 4,343 km2 tiga negeri di Malaysia - Pahang pada 2,477 km ² , Kelantan pada 1,043 km ² dan Terangganu di 853 km ² terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia. Ia adalah kira-kira 250km dari Kuala Lumpur.
  • Habitat burung terbaik juga boleh didapati seperti putih rumped Shama , pengicau , drangoes , malkohas , enggang , burung belatuk dan lain-lain.
  • Bagi pemancing , Taman Negara adalah syurga memancing. Terdapat lebih daripada 300 spesies ikan yang ada dalam 6 sungai Sungai Tahan , Sungai Tenor , Sungai Tembeling , Sungai Terenggan , Sungai Keniam dan Sungai Perkai.

         Memulakan aktiviti pada waktu pagi dan kembali ke penginapan anda untuk makan tengahari anda dan terus aktiviti anda pada sebelah petang.
Kena dapatkan dulu permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dan memulakan penerokaan yang paling menarik anda...!

 



Inilah tempat penginapan kami






Canopy Walk
Pengalaman berjalan di jambatan gantung terpanjang di dunia, 510M panjang dan 45m di atas paras tanah. Ini adalah satu aktiviti kemestian di Taman Negara dan salah satu kenangan yang paling diingati untuk anda untuk membawa pulang. Berjalan di atas hutan; menikmati flora dan fauna di sepanjang kanopi. Goyang sikit-sikit tu biasala... Si Amir tu yang paling hebatnya, tak takut punn...
Menunggu giliran untuk naik canopi

 Rapid boat
Suatu akativiti perjalanan yang menyeronokkan yang berhadapan dengan tujuh jeram di sepanjang Sungai Tembeling. Bersedia untuk pengalaman basah dan liar! Dalam perjalanan pulang, kami sempat mandi manda dan berenang di dalam air yang jernih.




Night Jungle walk
Berjalan ke dalam hutan pada waktu malam. Membiasakan diri dengan tumbuh-tumbuhan dan serangga dan menikmati peluang untuk melihat haiwan secara dekat. Sangat seronok dan teruja.. Anak-anak paling seronok walau pun gelap gelita. Seronok dapat tengok rusa liar datang untuk minum di kolam.. Jangan lupa bawa 'torch light' yang dapat suluh jauh.. Menariknya, tiada nyamuk dalam hutan..!



Ziarah Kg. Orang Asli
Orang Asli, orang asli tempatan, adalah kaum yang lembut yang menjalani gaya hidup nomad di Taman Negara. Mereka dipanggil Batek dan penempatan mereka yang ditemui di sepanjang laluan. Lihatlah bagaimana mereka membuat api dengan cara tradisional dan cuba senjata memburu mereka 'sumpit'.








Cikgu cuba menyumpit burung... kalau kena boleh dapat hadiah!





Nani dapat kawan baru... orang asli..



Antara pelancong yang membuat lawatan.
capture picture cantik-cantik nohh...







Aktiviti-aktiviti lain yang boleh didapati;
Cave Exploration
Meneroka ke dalam gua atau rumah kepada pelbagai kelawar, ular pelumba dan banyak serangga yang menarik, gua batu kapur seperti Gua Telinga menjamin keseronokan dan keseronokan. Bagi yang sukakan cabaran, memilih untuk perjalanan yang lebih panjang dan kemudian bermalam di salah satu daripada gua - Kepayang Besar, Kepayang Kecil, Luas atau Daun Menari

Jungle trekking
Jungle trekking sepanjang laluan yang paling pengembaraan kira-kira 1.7 ke Bukit Teresek. Ia mengambil masa kira-kira 30 minit kepada 45 minit untuk sampai ke kemuncaknya. Bukit ketinggian 334M menawarkan anda pandangan panorama indah Gunung Tahan. Melihat kanopi hutan hebat yang meliputi bukit-bukit dan lembah. Antara laluan lain yang popular adalah Lubok Simpon (20-30 minit), Gua Telinga (2jam 30 minit untuk 3hr), Bumbun Kumbang Sembunyi (4 jam) dan Lata Berkoh (5hr)

Haiwan Pemerhatian
Menghabiskan malam tersembunyi di pokok-pokok sementara menunggu untuk tapir, beruang atau gajah untuk hadir pada menyembunyikan pemerhatian. Kebanyakan tempat sembunyian dibina menghadap jenut, dari mana beberapa haiwan mendapatkan keperluan mineral. Bolehlah bawa bekalan kerepek kering.. Jangan pakai wangian yer!

Cruise bot ke Lata Berkoh
Pelayaran di sepanjang Sungai Tahan untuk menikmati flora dan fauna di tepi sungai dan berenang ke dalam lata menyegarkan di Lata Berkoh yang membentuk Jakuzi semula jadi. Sepanjang perjalanan, singgah Sanctuary Ikan bagi peluang untuk bersnorkel di kalangan ikan air tawar.