Friday, November 22, 2013

KL Bird Park

       Assalamualaikum dan salam sejahtera... Jom kita menjengah ke KL Bird Park yang terkenal dengan suasana hutan hujan tropikanya yang menghijau sebaik sahaja kita melangkah masuk ke dalam. Merupakan salah satu taman burung  yang terbesar di dunia, kita dihidangkan dengan pelbagai spesies burung yang terbang bebas dan hidup harmoni dalam ekosistem separa semula jadi ini. Tidak ketinggalan juga saya katakan terdapat juga spesis merpati terbesar di dunia yang bersaiz ayam belanda! tak percaya?? silalah berkunjung ke sini..

       Sebenarnya saya agak takut dengan binatang yang boleh terbang..fobia sewaktu kecil-kecil...Tapi memberanikan diri untuk masuk juga.. kaget juga dikelilingi dengan burung2 yang melata...
Saya perhatikan burung besar seperti flamingo yang jalan berderet-deret dan nampak jinak... terasa geli badanku..


Si Aimi sempat bergambar sebelum masuk ke dalam taman

Saya berpeluang untuk melihat bagaimana Storks Yellow-billed mengumpul ranting jatuh untuk membina sarang....hebatkan! Nak tahu yang mana Storks Yellow-billed, ada info di sepanjang laluan pejalan kaki...
Masuk ke dalam lagi terdapat air terjun buatan di situ, boleh rehat-rehat sementara menunggu waktu show bermula..


 

Dibuka setiap hari....Jangan lepaskan peluang ini...

lokasi GPS : N3 08.581 E101 41.294



gambar kenangan

No comments:

Post a Comment