Friday, November 22, 2013

Ladang Anggur Tasik Beris

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Entry kali ini ke ladang anggur pula yang terletak di Beris, Sik. Ladang anggur Tasik Beris, diusahakan oleh Syarikat EXCEL AGROTECH , merupakan sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2007. 
Black Grape, White Malaga dan Losu Plite antara jenis yang ditanam untuk pasaran tempatan. Anggur ini mengambil masa 10 hingga 12 bulan untuk matang. 

Ketika kami sampai cuaca diluar terasa panas, tetapi apabila masuk ke dalam ladang terasa agak sejuk walaupun bukan sesejuk seperti Cameron highland @ Genting. Pengalaman melihat ladang anggur seperti berada kat luar negara...
Buah anggur yang dijual agak manis dan tiada biji....!
Di bahagian luar ladang anggur terdapat tasik yang luas.. sesuai untuk bersantai-santai sambil makan anggur. Anak-anak terasa gembira berada di situ...

Nak beli anggur?
Gerai jualan dibuka dari 9.40 pagi hingga 6.30 petang.
Souviner pun ada jual...

Amir sudah tak sabar nak masuk tengok anggur...

Posing dulu sebelum masuk...

Sedap nampak anggur tu..




Mami dan Aimi posing kat tepi tasik

Untuk foto lain boleh klik link dibawah



No comments:

Post a Comment