Istana
Seri Menanti adalah sebuah bangunan lama yang masih utuh
diperbuat daripada kayu. Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih
telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika
berlakunya peperangan Bukit Putus. Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan
asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama
Kahar dan Taib. Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang
tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari
Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu
penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi
pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. Atap istana ini mewakili tanduk kerbau sebagai
lambang keamanan. Di dalam Istana Seri Menanti dipamerkan koleksi-koleksi
keluarga Diraja.
Ketika kami sampai di sana, masih tak buka lagi..... Maka kami pun jalan-jalanlah kat bawah Istana tersebut...
Agak lama juga tunggu, barulah penjaga istana tu buka...
Maka kami pun tengok2lah dalam istana tu apa yang ada....
Sorry, gambar di dalam istana tidak dibenarkan ambil. Nak tengok apa yang ada bolehlah datang ke sini..
No comments:
Post a Comment