Tuesday, November 26, 2013

Rimba Rekreasi Bukit Wang

Rimba Rekreasi Bukit Wang sesuai sebagai kawasan mandi-manda, flora fauna yang hijau, denai hutan sejauh 3 km mengelilingi hutan lipur ini dan 1.5 km yang lain boleh menghubungkan hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Puncak janing, batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar, deretan pokok palma yang menarik serta deretan pokok “Permatang Seraya” yang berukuran melebihi 120cm diameter tumbuh secara semulajadi.

Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini ialah 15 buah chalet, 16 buah pondok rehat, 3 unit tandas awam, 10 buah gerai, sebuah kolam renang untuk kanak-kanak, jambatan batu, 2.4 kilometer kawasan untuk ‘jungle tracking’, sebuah surau dan sebuah dewan untuk kemudahan para pelancong atau pelawat.

Ketika kami sampai kurang penjagaan di kawasan ini. Daun-daun berguguran di dalam kolam renang kanak-kanak dengan chalet2 yang semakin usang... kawasannya seperti hidup segan, mati tak mahu...

Masih kelihatan beberapa pengunjung ke situ... cuma seorang dua remaja mandi di situ walaupun kelihatan amaran 'penyakit kencing tikus' tertera di signboard...

No comments:

Post a Comment