Saturday, November 30, 2013

Melaka Wonderland Theme Park & Resort


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Melaka Wonderland merupakan sebuah taman tema yang terletak tidak jauh dari Tol Ayer Keroh, Melaka..Kami mengunjungi taman tema ini ketika pulang ke Muar, Johor. Kebetulan adik ipar dan kakak ipar free masa  tu, mereka mencadangkan agar kami ke Melaka Wonderland.. Dari Muar ke sini tak jauh sangat dalam 45 minit aja..mereka pun turut serta juga..
Melaka Wonderland ini dipenuhi dengan 2 juta liter air dan lebih daripada 12 tarikan menanti anda. antara tarikan di sini ialah Tornado Chaser, Kamikaze Race, Gelombang Besar Kolam, Pulau Adventure, Taman Dinosaur, Dirt Kart, Fun Fair, dan juga Paint ball. Taman tema ini ditutup pada hari Isnin (kecuali cuti umum dan cuti sekolah). Kalau terasa nak mandi-manda setiap hari disini, boleh dapatkan borang keahlian selama setahun (RM399). Disamping itu boleh masuk zoo melaka percuma jika ada pass ini....Taman Dinasour sedang renovate, so kurang sesuai masuk ketika ini...



Ketika sedang mandi, hujan turun renyai-renyai, tetapi ada juga yang terus mandi main air..dalam 10 minit hujan berhenti, kami sambung mandi lagi....Kami mencuba Tornado Chaser, Kamikaze race, Gelombang besar Kolam kat bahagian atas...
Mula-mula takut juga, tapi lepas tu rasa seronok pulak...
Anak-anak kami dan anak kakak ipar yang paling suka main taman tema ini...Selepas mereka main gelongsur kanak-kanak, kami bawa mereka ke bahagian bawah pula di mana air berombak sikit... Kami menyewa pelampung besar, dalam RM15 aja..Lucunya ialah anak kakak ipar boleh tertidur di atas pelampung yang di buai ombak...

Untuk melihat foto lain boleh layari link di bawah

No comments:

Post a Comment