Kellies Castle, Perak pula...
Sedikit info:
Sebut sahaja Batu Gajah, Perak, pastinya nama Istana Kellie atau Kellie’s Castle akan disebut sebagai tarikan utamanya. Walaupun telah berusia 108, istana lama yang mulai dibina pada tahun 1905 ini terus kukuh berdiri di puncak bukit, malah keadaan fizikalnya makin bertambah baik hasil aktiviti konservasi yang telah dilakukan keatasnya. Istana Kellie itu ibarat Taj Mahal Malaysia, kerana dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes.
William telah mengaji 70 orang buruh mahir dari Madras, India untuk menyiapkan kediaman beliau. Kebanyakan bahan binaan hiasan seperti batu marmar adalah diimport dari india, sementara jubin yang digunakan diimport dari itali pada tahun 1904. Batu bata jenis apricot yang digunakan dibuat di Malaya, begitu juga dengan kayu cengal yang menghiasi jenang pintu dan tingkap istana. Oleh kerana pada ketika itu tidak ada simen, maka digunakanlah campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. Istana ini sememangnya unik!

Terasa seram juga berada di dalam Istana ini...
Ada juga beberapa khabar angin yang mengatakan penampakan benda-benda mistik,
tapi alang-alang dah sampai, pusing tengok je.... takda apa-apalah..
Berdekatan Istana ini terdapat bangunan lain sudut istana yang terbengkalai dan roboh...
No comments:
Post a Comment