Friday, November 22, 2013

Muzium Kota Kayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini kita ke Muzium Kota Kayang yang terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lampong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung. Terdapat tiga galeri di sini iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, Peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang seeta Galeri Kedah/Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi menarik yang lain....


Menjejakkan kaki ke situ terasa teruja juga kerana lanskapnya yang kemas dan terjaga indah... Harapnya dijaga sepanjang masa...Tiada bayaran masuk dikenakan.. Boleh tengok-tengok galeri kat situ... Makam pun ada di bahagian belakang!






No comments:

Post a Comment