Friday, November 22, 2013

Mengkuang Dam

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pernah ke Mengkuang Dam?  Sebuah empangan terbesar di Pulau Pinang. Lokasinya di selatan Kampung Mengkuang di Seberang Perai. Dibina di antara tahun 1982 dan 1984, dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Dr Haji Awang bin Hassan pada 4 Disember, 1985. Berkapasiti 23.5 juta meter padu. Ketinggian empangan adalah 24.7 meter.
Waktu kami sampai, angin bertiup agak kuat.... daun-daun berterbangan, pokok-pokok seolah-olah menari mengikut alunan angin.. cewahh.... Kebetulan ada sepasang pengantin sedang bersesi fotography....
Empangan Mengkuang juga merupakan suatu kawasan rekreasi . Terdapat trek jogging dan bangku juga disediakan. Untuk permandangan yang cantik, boleh datang ketika matahari waktu fajar atau terbenam. Lokasi menarik untuk bergambar..

Lokasi GPS: Mengkuang Dam @5.384722,100.506111

Alahai si kakak ni, kacau daun pula...

Mummy tengok daun tu di pusaran angin...

Rehat ambil angin sat, baru lepas joging...

Gambar kenangan

No comments:

Post a Comment