Monday, November 25, 2013

Penang Botanical Garden

Taman Botani Pulau Pinang juga dikenali sebagai taman-taman air terjun, telah ditubuhkan oleh british pada tahun 1884 atas tapak kuari lama. Taman ini adalah merupakan tapak bagi penyelidikan dan pendidikan. Namun kini lebih popular untuk aktivti rekreasi seperti berjogging, berjalan kaki atau berbasikal. Air terjun adalah milik persendirian... sila minta kebenaran dari pihak berkuasa Air Pulau Pinang. Terdapat aliran anak sungai kecil kat sini, ada juga kanak-kanak yang mandi disini.. Suasana di sini nyaman dan tenteram, sesuai untuk bersantai dan menghayati keindahan alam semulajadi... Bila ke sini, beringat-ingat dengan kera yang berkeliaran kat sini... kalau ada makanan, jangan cuba-cuba nak bagi kat kera tu.. nanti habis semua dia sapu...Boleh juga melihat pokok 'cannon ball' yang ada kat sini..
Jika anda kuat bolehlah berjalan, boleh pusing-pusing di sini sambil melawat tempat-tempat yang dibangunkan seperti tanaman berbunga, haiwan dll....

No comments:

Post a Comment