Kami sudah sampai di Korea...
Dengan mengunakan khidmat agen ARBA Travel, inilah kisah kami di Seoul..
Gyeongbokgung..
Itaewon
Hanok Village
Namsan Tower
Nami Island
Sekitar Seoul
Selamat Datang ke blog saya... Harap dapat berkongsi ilmu dan pengalaman... Sebarang komen dialukan untuk penambahbaikan. Terima kasih. Untuk pencarian segera sila layari tab menu di bawah.
Dah nampak? rupa-rupanya kuda tu hanyalah kayu.... nampak dari jauh seperti kuda betul...cayalah.... Kami sekeluarga terus ke muzium...
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera..
USS nie luas juga.. ada macam-macam permainan hiburan kat situ.. mula-mula sekali cikgu pi cari lokasi "Transformers: The ride" ...Ramainya orang berbaris.... Transformers ini antara yang paling best la... kalau datang mesti masuk, kalau tak rugi... masuk kat situ, naik kereta dan... enjoy the show... Syok! (rate 9/10) anda akan dibawa ke alam tranformers 3D..... Anda akan diselamatkan oleh Optimus Prime dan rakan-rakan termasuklah Bumblebee... lebih2 lagi si Amir nie suka transformer... Kat dalam keta tu, kalau nak jerit, jerit laa...... seram ada, takut pun ada... walaupun khayalan, tapi macam real.....!
Habis transformer the ride, kami pergi pula kat 'Encient Egypt'... nak tengok 'Revenge of the mummy'.. beratur pulak... sampai kat situ, kena ukur ketinggian dulu.. nasib baik si kecik Aimi boleh lepas.. maka naiklah kami dalam satu tren roller coster... ingatkan biasa saja, rupanya kalau ada penyakit jantung diingatkan jangan naik..! Bukannya takut kerana mummy tu, tapi kerana terlalu laju roller coster tuuuu.... adik ipar sampai takleh nak jalan lepas tu...kikiki... mendebarkan..! dah ler gelap, thriller pulak...! Opsss lupa, ada satu ketika kamera AES akan tangkap gambar, jangan lupa untuk "senyum".....
Selepas enjoy the ride, kami pergi pula ke bahagian 'The Lost World'... beratur lagi..... Kat sini kami naik bot. Untuk pengetahuan pembaca, ada la splashing water sikit... maklumlah naik bot... tapi tak lah sampai basah kuyup. Ada antara pelancong2 siap beli baju hujan lagi....
Di sini, kami dibawa masuk ke dalam wayang gambar 4D, selain pakai kaca mata 3D, ada la effect kat dalam wayang tu seperti semburan air dan lain2... tak leh bagitau, nanti tak syok pulak korang pergi masuk... hihihi...