Hari Raya AidilAdha
Tanggal 1 September 2017, Hari Raya AidilAdha kali ini diraikan sehari selepas Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 60..
Kali ini saya bawa bersama anak saya yang bongsu ke Masjid Al Bukhary Alor Setar untuk ambil gambar sebagai kenangan.. Selain kami, ramai lagi yang ingin mengabdikan kenangan di situ..
Mulanya agak susah nak buatkan 'si dia' ni duduk diam... Idea timbul apabila kebetulan ada bendera Malaysia dalam kereta... Selepas bagi bendera Malaysia kepada Si dia, barulah senang sikit nak ambil gambar... itupun nak bagi posisi yang kita nak ambil, memang payah....... Alhamdulillah., akhirnya sempat juga ambil beberapa keping potret si dia nie...
Selamat Datang ke blog saya... Harap dapat berkongsi ilmu dan pengalaman... Sebarang komen dialukan untuk penambahbaikan. Terima kasih. Untuk pencarian segera sila layari tab menu di bawah.
Saturday, September 2, 2017
Thursday, February 2, 2017
Saturday, October 4, 2014
Birthday Puteriku Aimi
Assalamualaikum....
Tanggal 2 Oktober 2014, genaplah umur puteriku ini 7 tahun. 2 minggu sebelum tu, kami berpakat nak sambut birthdaynya dengan syarat dia naik Quran... maka oleh kerana nak sambut birthdaynya, pulunlah dia mengaji quran... Walaupun ada satu hari tu, abang dan kakaknya tak dapat pergi dek kerana tuesyen, dia bertekad nak pergi mengaji juga.
Harapan kami moga-moga dia berjaya naik Quran sebelum hari lahirnya tiba... akhirnya termakbul juga doa kami.... 2 hari sebelum hari lahirnya, puteriku ini berjaya naik Quran...
Persiapan untuk birthday dibuat ala kadar saja, tapi meriah juga.... jemputan dari adik beradik terdekat... Kami tempah nasi tomato dari pengasuhnya... sedap juga.. kek 'frozen' kami beli dari kedai Kek Sayang bersama-sama accesssoriesnya..
Oleh kerana puteriku ini minat sangat jadi puteri kami belikan mahkota buatnya... walaupun mahkota ini harganya tak seberapa tapi dilihat dari keceriaanya, kami pun ceria... tak kisahlah berapa harga pun, asalkan puteriku ini suka. Kami juga belikan hadiah buat kakak dan abangnya juga... Semoga keluarga ini akan terus bahagia dan dirahmati Allah hingga ke Jannah....

bersama pengasuhnya
rapat juga dia dengan pengasuhnya
Garangnya diaaa.....
sepupu Ahmad Zarif
Bersama Tok Wan Che Gamat
Bersama tok Raziah
Sunday, September 28, 2014
Sambutan Kemerdekaan Malaysia
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
Tanggal 31 Ogos 1957, wujudlah sebuah negara yang berdaulat dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu... Kini ditukar ganti dengan nama MALAYSIA selaras dengan kepelbagaian etnik dan budaya yang bercampur baur di sini..menjadi acuan 'trademark' dimata dunia... Di sini juga lahirnya sebuah cinta dan disini jugalah tersemai cita-cita yang bercambah menjadi warisan...... Tanah ini akan terus diberkati dan dirahmati oleh Yang Maha Esa.. in sha Allah.....
Dipupuk dan disemai cinta ini..bertatih demi bertatih, langkah demi langkah mengorak ke Wawasan dibina..... Benih ini disemai ke dalam jiwa generasi yang akan datang, kerana merekalah pemimpin di masa hadapan.. bagaimana acuan begitulah bentuknya....
Tidak kurang juga di sekolah cikgu, sambutan ini begitu meriah sekali... Tahniah juga buat mereka yang yang terlibat sama ada secara langsung mahupun sebagai pemerhati sahaja... Terutama Panitia Sivik dan Sejarah yang tidak sempat kering keringat dek nak hasilkan yang terbaik.....tidak dinafikan sambutan ini memberi kesan dan makna kepada semua..
Pelbagai program diatur dan disusun bagi mencapai matlamat dan objektif sambutan ini.. Semoga program ini diteruskan saban tahun dengan idea-idea yang kreatif dari generasi yang kreatif..

Subscribe to:
Posts (Atom)