Pernah ke Mengkuang Dam? Sebuah empangan terbesar di Pulau Pinang. Lokasinya di selatan Kampung Mengkuang di Seberang Perai. Dibina di antara tahun 1982 dan 1984, dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Dr Haji Awang bin Hassan pada 4 Disember, 1985. Berkapasiti 23.5 juta meter padu. Ketinggian empangan adalah 24.7 meter.
Waktu kami sampai, angin bertiup agak kuat.... daun-daun berterbangan, pokok-pokok seolah-olah menari mengikut alunan angin.. cewahh.... Kebetulan ada sepasang pengantin sedang bersesi fotography....
Empangan Mengkuang juga merupakan suatu kawasan rekreasi . Terdapat trek jogging dan bangku juga disediakan. Untuk permandangan yang cantik, boleh datang ketika matahari waktu fajar atau terbenam. Lokasi menarik untuk bergambar..

Lokasi GPS: Mengkuang Dam @5.384722,100.506111
Alahai si kakak ni, kacau daun pula...
Mummy tengok daun tu di pusaran angin...
Rehat ambil angin sat, baru lepas joging...
Gambar kenangan