
Selamat Datang ke blog saya... Harap dapat berkongsi ilmu dan pengalaman... Sebarang komen dialukan untuk penambahbaikan. Terima kasih. Untuk pencarian segera sila layari tab menu di bawah.
Monday, November 25, 2013
Taman Botani Negara Shah Alam

Sunday, November 24, 2013
Lata Bayu
Lata Bayu adalah sebuah taman rekreasi yang terdapat di
Baling, Kedah. Lata Bayu merupakan destinasi air terjun yang popular dan penuh
sesak pada hujung minggu dan hari-hari cuti sekolah. Pada hari-hari biasa ianya
merupakan suatu tempat yang bagus dan tenang. Sejak kebelakangan ini pengunjung
agak berkurangan disebabkan terdapatnya jangkitan penyakit 'kencing tikus'.
Sila dapatkan maklumat selanjutnya jika hendak berkunjung ke sini..
Sejuk la airnya......
Muzium Matang
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Muzium Sejarah Matang (dahulunya dikenali sebagai Sejarah Kota Ngah Ibrahim) yang terletak di Bukit Gantang, Matang dareah Taiping, Perak iaitu kira-kira 30 minit perjalanan dari Bandar Taiping. Muzium Matang telah dibina oleh Ngah Ibrahim anak kepada cek Long Jaffar iaitu orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Kota ini pernah dijadikan sebagai Maktab Perguruan Melayu Matang (1913-1922). Pernah dijadikan markas tentera Jepun (1941-1945) dan sekolah melayu setelah Jepun menyerah kalah (1945-1984). Masuk adalah percuma.
Di hadapan Muzium
Nani sedang posing di atas meriam...
Masuk jer kat situ, nampak pak gajah sedang tunggu...
Dalam muzium terdapat bilik pegawai Inggeris
Nani sedang belajar dalam kelas..
Basikal tua pun ada.....
Selain itu, penjara pun ada di dalam... Gambar tak diupload, seram....
Istana Seri Menanti


Agak lama juga tunggu, barulah penjaga istana tu buka...
Maka kami pun tengok2lah dalam istana tu apa yang ada....
Friday, November 22, 2013
Muzium Kota Kayang

Kali ini kita ke Muzium Kota Kayang yang terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lampong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung. Terdapat tiga galeri di sini iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, Peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang seeta Galeri Kedah/Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi menarik yang lain....
Menjejakkan kaki ke situ terasa teruja juga kerana lanskapnya yang kemas dan terjaga indah... Harapnya dijaga sepanjang masa...Tiada bayaran masuk dikenakan.. Boleh tengok-tengok galeri kat situ... Makam pun ada di bahagian belakang!
Subscribe to:
Posts (Atom)