Monday, November 25, 2013

Penang Botanical Garden

Taman Botani Pulau Pinang juga dikenali sebagai taman-taman air terjun, telah ditubuhkan oleh british pada tahun 1884 atas tapak kuari lama. Taman ini adalah merupakan tapak bagi penyelidikan dan pendidikan. Namun kini lebih popular untuk aktivti rekreasi seperti berjogging, berjalan kaki atau berbasikal. Air terjun adalah milik persendirian... sila minta kebenaran dari pihak berkuasa Air Pulau Pinang. Terdapat aliran anak sungai kecil kat sini, ada juga kanak-kanak yang mandi disini.. Suasana di sini nyaman dan tenteram, sesuai untuk bersantai dan menghayati keindahan alam semulajadi... Bila ke sini, beringat-ingat dengan kera yang berkeliaran kat sini... kalau ada makanan, jangan cuba-cuba nak bagi kat kera tu.. nanti habis semua dia sapu...Boleh juga melihat pokok 'cannon ball' yang ada kat sini..
Jika anda kuat bolehlah berjalan, boleh pusing-pusing di sini sambil melawat tempat-tempat yang dibangunkan seperti tanaman berbunga, haiwan dll....

Taman Botani Negara Shah Alam

Mungkin ramai tidak mengenali Taman botani Negara Shah Alam (TBNSA) berbanding Bukit Cerakah atau Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Dibangunkan pada 24 April 1986. Perkhidmatan shuttle bus disediakan.. free sahaja.. Cuma tunggu beratur sahaja ditempat yang disediakan.. Sangat luas untuk berjalan kaki..boleh juga kalau nak berbasikal kat situ..Bagi yang hendak masuk ke rumah Iklim Sederhana Empat Musim ( patut masuk) sila beli tiket di pintu masuk utama, sebab tiada tiket dijual di dalam...

Sunday, November 24, 2013

Lata Bayu

Lata Bayu adalah sebuah taman rekreasi yang terdapat di Baling, Kedah. Lata Bayu merupakan destinasi air terjun yang popular dan penuh sesak pada hujung minggu dan hari-hari cuti sekolah. Pada hari-hari biasa ianya merupakan suatu tempat yang bagus dan tenang. Sejak kebelakangan ini pengunjung agak berkurangan disebabkan terdapatnya jangkitan penyakit 'kencing tikus'. Sila dapatkan maklumat selanjutnya jika hendak berkunjung ke sini..









Sejuk la airnya......


Muzium Matang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Muzium Sejarah Matang (dahulunya dikenali sebagai Sejarah Kota Ngah Ibrahim) yang terletak di Bukit Gantang, Matang dareah Taiping, Perak iaitu kira-kira 30 minit perjalanan dari Bandar Taiping. Muzium Matang telah dibina oleh Ngah Ibrahim anak kepada cek Long Jaffar iaitu orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Kota ini pernah dijadikan sebagai Maktab Perguruan Melayu Matang (1913-1922). Pernah dijadikan markas tentera Jepun (1941-1945) dan sekolah melayu setelah Jepun menyerah kalah (1945-1984). Masuk adalah percuma.

Di hadapan Muzium
Nani sedang posing di atas meriam...

Masuk jer kat situ, nampak pak gajah sedang tunggu...

Dalam muzium terdapat bilik pegawai Inggeris 

Nani sedang belajar dalam kelas..


Basikal tua pun ada.....
Selain itu, penjara pun ada di dalam... Gambar tak diupload, seram....




Istana Seri Menanti


Istana Seri Menanti  adalah sebuah bangunan lama yang masih utuh diperbuat daripada kayu. Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. Atap istana ini mewakili tanduk kerbau sebagai lambang keamanan. Di dalam Istana Seri Menanti dipamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. 
Ketika kami sampai di sana, masih tak buka lagi..... Maka kami pun jalan-jalanlah kat bawah Istana tersebut... 
Agak lama juga tunggu, barulah penjaga istana tu buka...
Maka kami pun tengok2lah dalam istana tu apa yang ada....


Sorry, gambar di dalam istana tidak dibenarkan ambil. Nak tengok apa yang ada bolehlah datang ke sini..