Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pernahkah anda membawa anak-anak anda atau kanak-kanak ke KidZania Kuala Lumpur? Suatu tempat dimana kanak-kanak memainkan peranan seperti orang dewasa di alam pekerjaan..
Kami secara kebetulan melihat promosi di tv berkaitan KidZania, ketika itu anak-anak pun nampaknya sangat berminat..... Oleh kerana mereka sangat berminat hendak ke situ, maka kami pun meletakkan 'syarat-syarat' tertentu jika mereka hendak ke situ..
Hendak tak hendak mereka cuba untuk penuhi syarat tersebut.... boleh pula mereka bekerjasama untuk penuhinya.... haha..
Terletak berdekatan dengan Ikea dengan tiket masuk RM55.00 bagi pemegang MyKid, anda akan dibekalkan dengan cek 50 kidZos (mata wang) , pas masuk dan peta. Harap maklum, hanya kanak-kanak berumur antara 4 hingga 14 tahun sahaja dibenarkan..... ibu bapa hanya boleh melihat sahaja di luar tempat mereka bekerja! Terdapat lebih kurang 90 pekerjaan dimana kanak-kanak dapat main peranan mereka.
Antara pekerjaan yang ditawarkan ialah pilot, doktor bedah, polis, bomba, pelukis, fotographer, juruteknik komputer, pembuat burger, pensyarah, pembuat kek, kilang mineral water dan lain-lain lagi....
Faktor utama adalah masa! dalam masa sehari, tak mungkin anda akan dapat main peranan semua pekerjaan di situ... Setiap pekerjaan akan mengambil masa lebih kurang 15-30 minit satu-satu masa... Mesti kanak-kanak akan berkunjung lagi ke situ jika ada peluang...!
Jika mereka berminat menjadi ahli bomba, mereka akan dapat memakai pakaian bomba, menaiki kereta bomba, memadam api dan lain-lain... Pastinya kanak-kanak akan teruju untuk melakukan semua ini.... Jangan takut jika mereka pergi mencuba main peranan pekerjaan yang mereka suka secara bersendirian kerana kanak-kanak ini cepat mengadaptasi perubahan yang berlaku disekeliling mereka!
Ibu bapa mana yang tidak seronok apabila andainya anak-anak mereka berjaya mencapai cita-cita mereka!
Maklumat lanjut:
Isnin - Jumaat : 10:00-05:00
Sabtu / Ahad / Cuti Umum / Cuti Sekolah : 10 pagi hingga 3 petang ( Sesi 1 ) dan 4:00-21:00 (Sesi 2)
Bayaran masuk KidZania
Bayi (berumur 0-1 ) : Malaysia / bukan warganegara Malaysia (Percuma)
Kanak-kanak ( berumur 2-3) : Malaysia / bukan warganegara Malaysia (RM35 )
Kid (berumur 4-17 ): Malaysia ( RM55 ) Bukan Malaysia ( RM75)
Dewasa (berumur 18-59 ): Malaysia ( RM35 ) Bukan Malaysia ( RM50)
Warga Emas (berumur 60 ke atas) : Malaysia / bukan warganegara Malaysia (RM30).