Friday, November 22, 2013

Bukit Fraser

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Bukit Fraser merupakan suatu tempat yang sejuk dan nyaman...Sesuai untuk bersantai dan relaks... Cuma nak sampai ke sana kena bersabar sikit.. Pendakian ke sana mengambil masa walaupun dengan kenderaan pacuan 4 roda.... hati-hati semasa memandu.....
Apabila dah sampai, hati menjadi sejuk, sesejuk suasana di situ....

  • Sedikit info tentang Bukit Fraser;

Bukit Fraser boleh terletak di kawasan tengah Semenanjung Malaysia di negeri Pahang. Ia terletak kira-kira dua jam ke utara Kuala Lumpur. Bukit Fraser mempunyai ketinggian purata 1,200 meter tinggi tetapi titik tertinggi meningkat pada 1,500 meter di gelung Telekom itu. Bukit Fraser adalah rizab alam semula jadi yang dilindungi dan kawasan perlindungan hidupan liar yang diwartakan.

Boleh relaks2 dan minum-minum di situ, main golf seround .. paling molek, bermalam kat situ barulah terasa kedinginan malamnya.... Agak kurang pembangunan di situ kala cikgu sampai...

sejukla katakan.....



Bergambar di hadapan padang golf



gambar kenangan
untuk foto lain boleh klik link dibawah

Kuala Gandah National Elephant Conservation Centre

Terletak di Kuala Gandah, Pahang, Pusat pemeliharaan gajah ini sesuai untuk dilawati bagi melihat gajah dari dekat.  
Sampai sahaja kami kat situ, terus pergi kat kaunternya dulu... ambil tiket..Boleh pilih sama ada nak melihat atau nak beraktiviti seperti naik gajah..Oleh kerana masa pun tak cukup, kami hanya ambil pakej tengok sahaja... Sebelum nak ke tempat gajah itu ditempatkan, kami round-round kat dalam showroom tempat beli tiket tu dulu...ada pameran tentang gajah di situ......
Banyak juga aktiviti kat sini seperti beri gajah makan, pertunjukan gajah, naik gajah dll....Terhibur melihat telatah kanak-kanak memberi gajah-gajah tersebut makan..

Dapatkan pakej lawatan dulu... pas dilekatkan pada baju..
Memberi gajah makan
Pertunjukan gajah
Memberi makan gajah dari dekat

Ini pun nak tiru anak gajah....

Kellie's Castle

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kellies CastlePerak pula...
Sedikit info:
Sebut sahaja Batu Gajah, Perak, pastinya nama Istana Kellie atau Kellie’s Castle akan disebut sebagai tarikan utamanya.  Walaupun telah berusia 108, istana lama yang mulai dibina pada tahun 1905  ini terus kukuh berdiri di puncak bukit, malah keadaan fizikalnya makin bertambah baik hasil aktiviti konservasi yang telah dilakukan keatasnya. Istana Kellie itu ibarat Taj Mahal Malaysia, kerana dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes.

William telah mengaji 70 orang buruh mahir dari Madras, India untuk menyiapkan kediaman beliau. Kebanyakan bahan binaan hiasan seperti batu marmar adalah diimport dari india, sementara jubin yang digunakan diimport dari itali pada tahun 1904. Batu bata jenis apricot yang digunakan dibuat di Malaya, begitu juga dengan kayu cengal yang menghiasi jenang pintu dan tingkap istana. Oleh kerana pada ketika itu tidak ada simen, maka digunakanlah campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. Istana ini sememangnya unik!





Terasa seram juga berada di dalam Istana ini...
Ada juga beberapa khabar angin yang mengatakan penampakan benda-benda mistik,
tapi alang-alang dah sampai, pusing tengok je.... takda apa-apalah..
Berdekatan Istana ini terdapat bangunan lain sudut istana yang terbengkalai dan roboh...





Gua Tempurung

   Gua Tempurung , terletak di Gopeng , Perak. Boleh dikunjungi bagi mereka yang ingin merasai suatu pengalaman yang sangat mistik dengan kabus yang berada di atas bukit.
     Gua ini dipercayai telah wujud sejak awal 8000 SM terdiri daripada lima kubah besar dengan siling menyerupai tempurung. Terdapat stalagmit dan stalaktit serta pembentukan batu lain yang menakjubkan boleh diperhatikan..
     Datang dengan family, pelawat boleh menaiki tangga disediakan...Sampai ke satu tahap pendakian tangga di dalam gua, terasa angin sejuk menerjah menghilangkan semua keletihan semasa pendakian di dalam gua...

     Jangan lupa bawa torch light dan pakai kasut tertutup...Nak adventure lagi, boleh ambil pakej lain di kaunter.. berbayar tau...





gambar kenangan

Ladang Anggur Tasik Beris

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Entry kali ini ke ladang anggur pula yang terletak di Beris, Sik. Ladang anggur Tasik Beris, diusahakan oleh Syarikat EXCEL AGROTECH , merupakan sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2007. 
Black Grape, White Malaga dan Losu Plite antara jenis yang ditanam untuk pasaran tempatan. Anggur ini mengambil masa 10 hingga 12 bulan untuk matang. 

Ketika kami sampai cuaca diluar terasa panas, tetapi apabila masuk ke dalam ladang terasa agak sejuk walaupun bukan sesejuk seperti Cameron highland @ Genting. Pengalaman melihat ladang anggur seperti berada kat luar negara...
Buah anggur yang dijual agak manis dan tiada biji....!
Di bahagian luar ladang anggur terdapat tasik yang luas.. sesuai untuk bersantai-santai sambil makan anggur. Anak-anak terasa gembira berada di situ...

Nak beli anggur?
Gerai jualan dibuka dari 9.40 pagi hingga 6.30 petang.
Souviner pun ada jual...

Amir sudah tak sabar nak masuk tengok anggur...

Posing dulu sebelum masuk...

Sedap nampak anggur tu..




Mami dan Aimi posing kat tepi tasik

Untuk foto lain boleh klik link dibawah