Friday, December 6, 2013

Melaka River Cruise

Dulunya Sungai Melaka digunakan sebagai laluan perdagangan dan kegunaan harian... tetapi hari ini menjadi laluan pelancong yang berkunjung ke situ... Sampai sahaja kami di sana, kami ke kaunter untuk membeli tiket untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak.. around RM35.00 sahaja.. Terdapat stesen-stesen pemandangan di situ...tapi tak berhenti di stesen itu, kecuali jika kita nak turun di stesen itu... 

Di sepanjang laluan sungai Melaka kita dapat melihat deretan senibina rumah melayu melaka yang dinaiktaraf dan dicat dengan cantik. Bangunan-bangunan di tepi sungai dilukis dengan mural yang cantik.. terdapat juga lukisan laksamana Cheng Ho dan pahlawan melaka... 

Menaiki cruise bersama pelancong dari Hong Kong, apabila terlihat lukisan Laksamana Cheng Ho berebut-rebut diorang nak ambil gambar... sempat juga saya shot gelagat mereka..

sepatutnya mengikut tertib kita kena minta dulu untuk ambil gambar mereka...disepanjang menyusur sungai melaka, kita boleh lihat gelagat orang di darat dari dalam cruise.. 


Banyak pelancong yang berjalan kaki meredah platform yang dibina untuk pejalan kaki menikmati pemandangan di tepi pantai, bagi yang gemar membaca, lepak2 kat tepi sungai sambil menghirup kopi, kan ke best... 


Bagi saya pengalaman menaiki cruise ini kalau boleh pada waktu siang dan malam...  waktu malam, kita boleh lihat kerlipan lampu-lampu menghiasi sungai...cuma pemandangan tak sejelas waktu siang... Apa pun seronok juga sekali sekala menyusuri sungai...

 
Terdapat juga monorel kat situ.. tak pasti samada beroperasi atau tidak...


Thursday, December 5, 2013

Tanjung Piai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini kita pergi ke Tanjung Piai pula... Iaitu di Penghujung Selatan Tanah Besar Asia...Terletak 90km ke selatan pusat bandar Johor Bahru, Tanjung Piai telah diwartakan menjadi Taman Negara..

Terasa teruja memandu ke sana apabila diketahui ianya merupakan penghujung selatan tanah besar asia... Setibanya saya di sana, terdapat sebuah tugu dibina.. ketika itu proses menaiktaraf kawasan itu baru bermula... Beberapa orang pekerja sedang menanam pokok bunga dan membuat hiasan serta lanskap... Mungkin sekarang Tanjung Piai ini lebih cantik.. Dapatkan tiket di kaunter dan berjalanlah anda melalui platform yang disediakan untuk pejalan kaki...Semasa berjalan, pastikan anda melihat ikan tembakul bermata lebar, burung , kera dan hidupan lain.. berhati-hari dengan kera liar di situ... selamat datang ke Penghujung Selatan Tanah Besar Asia!

Dah sampai penghujung Selatan Tanah Besar Asia rupanya.......

Untuk foto lain boleh klik link di bawah:


Nota Sains Tingkatan 4

Science Notes Form 4

Wednesday, December 4, 2013

Deerland, Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setelah pergi melawat ke Kuala Gandah Elephant Santuary, kami singgah ke Deerland yang terletak tidak jauh dari situ. Deerland merupakan pusat haiwan yang menarik dan dibuka untuk lawatan. Berkeluasan 4 hektar dan mempunyai lebih 30 rusa Indonesia ( timorences Cervus ) selain daripada rusa , terdapat juga beruang , ular, arnab, kera dan lain-lain.
Kita akan dapat peluang untuk berinteraksi dengan rusa serta memberi makan kepadanya.. Di situ juga terdapat burung unta, beruang, ular dan banyak lagi haiwan yang akan membuatkan anda terhibur.
Saya juga mendapati terdapat tumbuhan herba dan rempah. Tongkat Ali boleh didapati disini.... Dari Kuala Lumpur boleh ikut Lebuhraya Karak ke Lancang.... Selepas itu, ikut signboard ke Kuala Gandah Elephant Santuary... Deerland ada kat sebelah kanan... Dalam 2 jam boleh sampai ke sini dari KL...


Nani dan Aimi sedang memberi makan kepada rusa..ubi kentang.............





First time pegang ular sawa., rasa sejuk semacam..


Tuesday, December 3, 2013

Tok Aman Bali Beach Resort

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini kita ke Tok Aman Bali Beach Resort pula..Tok Aman Bali Beach Resort terletak di Pantai Bisikan Bayu di daerah Pasir Puteh kira-kira 50 km dari Kota Bharu. Dari jauh kelihatan resortnya yang tersergam indah seolah-olah mengamit pelancong kepadanya. Daun-daun pokok Casuarinas yang tinggi di tepi pantai menghasilkan bunyi yang lembut dan ketenangan untuk bersantai. Jom kita ke sana......


Ketika kami sampai, resort ini masih baru dan fasiliti yang ditawarkan masih lagi elok. Masuk jer resort ini, nampak mewah dan luas.. Lantai marble jernih, pekerjanya pun baik-baik....




Gambaran di dalam bilik..... luas dan cantik. Bilik mandi dihadang dengan dinding kaca transparent yang boleh dilihat terus dari dalam bilik...Terdapat beranda di belakang bilik bagi menikmati secawan tea yang disediakan sambil melihat pemandangan luar.


Suasana sekitar cantik dan tersusun.. Terdapat kolam renang yang luas untuk dewasa dan kanak-kanak.. Pastinya kolam mandi itu tarikan utama bagi kanak-kanak... Makanan yang disediakan dalam restoran bagi saya tiada masalah, biasa-biasa saja.. Tak kisahlah pasal makan, sebab kita nak makan kat luar..makan ikan bakar, sotong goreng tepung dll... Malam-malam nak round sekitar Pasir Puteh melihat pasar malam dan keindahan malam di situ..

Suasana pada waktu malam... balik dari jln2 sekitar Pasir Puteh...