Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kali ini kita ke Teluk Cempedak pula.. terletak hanya lebih kurang lima kilometer dari pekan Kuantan. Bagi mereka yang gemarkan suasana pantai, Teluk Cempedak ini sesuai dikunjungi. Selepas round-round pekan kuantan kami bertolak ke sana..
Sampai sahaja kami di situ,kami disambut oleh deruan angin laut dan bunyian dari pokok casuarina yang tumbuh di situ... Pantainya yang luas lagi cantik, pasir putih lagi halus..Walau bagaimanapun pantainya dilihat kurang sesuai untuk mandi manda. Kalau setakat nak mandi di gigi pantai okey la kot... tapi kalau nak berkelah dan bermain, memang sesuai la kat situ.. Cuaca ketika kami sampai agak panas sikit..Terdapat juga kedai makanan segera KFC dan McD di situ selain dari gerai-gerai makanan dan jualan.. Khabarnya kat situ ada jual ikan kering dan sotong kering murah, kami try la survey kat kedai-kedai sekitar situ..biasa saja bagi saya....
Selamat Datang ke blog saya... Harap dapat berkongsi ilmu dan pengalaman... Sebarang komen dialukan untuk penambahbaikan. Terima kasih. Untuk pencarian segera sila layari tab menu di bawah.
Monday, December 30, 2013
Sunday, December 29, 2013
Japanese Village Berjaya Hills
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Kali ini saya nak membawa pembaca ke Japanese Village yang terletak di Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang... Terletak tidak jauh dari Colmar Tropicale Resort, dalam lima minit perjalanan, dah boleh sampai kat situ.. Kalau nak senang, bermalam kat Resort situ..dalam RM4++ jer.. Tapi kalau nak discount, tempah melalui internet! boleh survey harganya dulu... Bila dah tempah kat situ, boleh menaiki pengangkutan yang disediakan resort. Boleh juga kalau nak pergi dengan kereta sendiri jika nak round sekitar sendirian.. Dalam Japanese Village itu terdapat Japanese Tea House, Taman Botani, Tatami Spa, Ume Tatami Suite dan Ryo Zan Tei Restaurant.. Terdapat juga kolam ikan koi, taman bunga dan rumah teh Jepun..boleh tengok bagaimana cara penyediaan teh di situ.. Terasa aman dan tenteram berada di situ dikelilingi oleh pepohon hijau dan batu-batu cantik... Terdapat aliran anak sungai mengalir di situ dan airnya yang sejuk.... Cuma kena berjalan menaiki dan menuruni bukit tu yang tak tahannya.... bagi yang menghayati alam, jangan terburu-buru nanti penat berjalan kerana kawasannya agak luas.. rileks dan jalan perlahan-lahan di laluan trek batu kerikil yang disediakan...tengok-tengoklah burung yang ada kalau anda terjumpa....
Untuk foto yang lain boleh layari link di bawah:
Thursday, December 26, 2013
Trip to Langkawi
Assalamualaikum dan salam sejahtera..Cuti-cuti sekolah biasanya pihak sekolah akan membuat lawatan atau rombongan bersama pelajar ke tempat-tempat menarik ataupun bersejarah.. Entry pada kali ini saya mengikut pelajar-pelajar siam ke Langkawi selama 2 hari 1 malam. Atas tiket Kelab Rukunnegara, kami bertolak pada sebelah pagi dan sampai ke langkawi lebih kurang pukul 10.00 pagi... Bersama-sama 24 orang pelajar, kami menyewa 2 buah untuk round ke sekitar langkawi.. Masa yang ada digunakan sepenuhnya.. Antara tempat yang kami lawati ialan Underwaterworld, Beras Terbakar, Pantai Cenang, Cable Car dan shopping.. Pengalaman membawa pelajar ini, biasanya banyak karenah..kena jaga betul2.. yang penting adalah keselamatan pergi dan balik dengan selamat.. Pelajar-pelajar ditempatkan di Wat Siam tak jauh dari pekan Kuah.. Ada kemudahan banyak kat Wat Siam itu, makanan disediakan oleh pihak Wat..
Okeylah berbalik cerita, seronok juga sekali sekala dapat keluar bersama guru-guru dan pelajar disamping boleh sembang2, hubungan guru dan pelajar pun lebih rapat..
Sunday, December 22, 2013
Tuisyen
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Memandangkan sekarang waktu cuti sekolah, sepatutnya pelajar releks-releks kat rumah.. berlainan pula dengan kami.. cuti-cuti pun anak-anak masih dihantar ke tuisyen.. Budak-budak zaman sekarang nie kebanyakannya menghabiskan masa melayan Pc tablet dan Internet. Bagi yang remaja pula, H/phone @ ipad jadi pilihan... TV dah semakin kurang... Bagi mereka yang ada ASTRO kat rumah, mesti kena melanggan channel Cartoon... Kalau dibiarkan sahaja, budak-budak tu tak perlu mandi, bahkan makan dan minum pun nak duduk depan tv...

Thursday, December 19, 2013
Taman Monumen Taman Tamadun Islam
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Oleh kerana kawasannya agak luas, kami menaiki buggy di perhentian yang disediakan.. Terdapat banyak monumen di situ seperti Masjid An Nabawi, Masjidil Haram, Masjid Sultan Omar Syarif di Brunei, Masjid Xian china, Masjid Besar Samara Iraq, Masjid Al Hambra Sepanyol dan lain-lain lagi... Ada lebih kurang 22 monumen di sini.. Ada juga tayangan video dalam sesetengah monumen tersebut..kami keluar dari taman ini dalam jam 1 tengahari.. Perut pun dah berbunyi...nak try masakan terengganu pulak..ikan bakar kot...
Anda juga boleh membeli cenderahati dan menikmati minuman dan makanan di cafe yang disediakan.. Berbaloi juga untuk mengunjungi Taman Tamadun Islam ini kerana anda dapat melihat keunikan senibina masjid-masjid di seluruh dunia pada skala 1:8 dari saiz asal...
Entry kali ini kali kami ke Taman Monumen taman tamadun Islam terengganu pula. Kami sampai ke taman ini pada waktu pagi .. Sebelum masuk, seperti biasa kami ke kaunter untuk membeli tiket. Harganya ketika itu RM10.00 bagi dewasa dan RM5.00 bagi kanak-kanak.
Di pintu masuk kami diberi satu buku seperti pasport (sama seperti masuk ke Perkampungan Budaya Sarawak) yang mengandungi maklumat ringkas bagi setiap monumen yang ada. Pasport ini akan dicop menunjukkan anda mengunjunginya... Jangan hilangkan sekiranya anda berhajat ke sini lagi... boleh dapat diskaun tertentu pada kali kedua atau ketiga anda datang..
Di pintu masuk kami diberi satu buku seperti pasport (sama seperti masuk ke Perkampungan Budaya Sarawak) yang mengandungi maklumat ringkas bagi setiap monumen yang ada. Pasport ini akan dicop menunjukkan anda mengunjunginya... Jangan hilangkan sekiranya anda berhajat ke sini lagi... boleh dapat diskaun tertentu pada kali kedua atau ketiga anda datang..
Oleh kerana kawasannya agak luas, kami menaiki buggy di perhentian yang disediakan.. Terdapat banyak monumen di situ seperti Masjid An Nabawi, Masjidil Haram, Masjid Sultan Omar Syarif di Brunei, Masjid Xian china, Masjid Besar Samara Iraq, Masjid Al Hambra Sepanyol dan lain-lain lagi... Ada lebih kurang 22 monumen di sini.. Ada juga tayangan video dalam sesetengah monumen tersebut..kami keluar dari taman ini dalam jam 1 tengahari.. Perut pun dah berbunyi...nak try masakan terengganu pulak..ikan bakar kot...
Anda juga boleh membeli cenderahati dan menikmati minuman dan makanan di cafe yang disediakan.. Berbaloi juga untuk mengunjungi Taman Tamadun Islam ini kerana anda dapat melihat keunikan senibina masjid-masjid di seluruh dunia pada skala 1:8 dari saiz asal...
Subscribe to:
Posts (Atom)