

Dari Alor Setar, kami naik flight Airasia ke LCCT Kuala Lumpur dan sampai sekitar jam 10.00 pagi.. Makan dulu kerana tak tempah makan atas flight.. jalan2 sekitar LCCT dan naik flight jam 2.45pm dari KL dan sampai jam 4.45 pm di Ho Chi Minh, Vietnam iaitu lebih kurang 2 jam perjalanan. Dari atas kapal terbang anda akan nampak deretan rumah yang terlalu padat. Tiada gunung yang kelihatan..Selepas selesai imigresen check, kami keluar dari airport vietnam dan disambut oleh pemandu pelancong disana..
Alahai comelnya pemandu pelancong kami...
Hari Pertama


Kami jalan-jalan sekitar melawat sekitar bandar melihat bangunan Pos Office, Muzium Perang dan bangunan-bangunan di sekitar.. Kami bermalam di Hotel Kelly berdekatan dengan pasar Ben Thanh. Selesai makan malam, kami jalan-jalan di pasar malam.. Rupanya, pada siang hari mereka berniaga di dalam Pasar Ben Thanh manakala pada malam harinya mereka berniaga di bahagian luar sebagai 'pasar malam' kerana pasar Ben Thanh ditutup. Harga barang kat situ mahal-mahal belaka..Kami kena tawar-menawar sehingga 70%!!
Awas! penjual kat situ akan mengoda anda walaupun isteri anda disebelah! Biasanya mereka memanggil 'abang' atau pun lebih manja lagi 'abang sayangg'...hahaha...Untuk pengetahuan pembaca semua, kita TAK PERLU TUKAR RINGGIT ke DONG! duit ringgit diterima disini dan berbelanja dalam ringgit lebih menguntungkan.!





Pelawat dibenarkan untuk masuk ke dalam terowong. Boleh pilih 8 meter, 20 meter atau 100meter.. Kami mencuba masuk ke dalam terowong bawah tanah sejauh 8 meter..Aduhai, gelap gelita! dapat dibayangkan bagaimana peritnya mereka hidup zaman itu..

Yang paling best kat situ, kita boleh menembak! boleh pilih senjata yang hendak tembak. Saya cuba menembak mengunakan AK47, kerana M16 biasa ada di Malaysia.. Terasa momentum dari AK47 sangat kuat..! habis 10 butir peluru dengan RM 60.00 ...hahaha.. berbaloi....Pada waktu malam, kami pergi melihat 'Water Puppet Show' tak jauh dari hotel tempat kami menginap dalam 800m.. Kami pergi dua orang sahaja.. Menarik juga pertunjukan yang dibuat walaupun tak sehebat pertunjukan yang kami lihat di Beijing, china.. Terdapat 17 jalan cerita show itu.. interesting..
Pada waktu pagi, kami cuba masakan di situ.. Kat Restoran Serai masakan Malaysia. Kami order bihun goreng dan mee goreng..makanan biasa-biasa saja.. Masa nak bayar, harga RM45.00!! aduhai...indahnya Malaysia! Selesai makan, jalan-jalan dalam pasar Ben Thanh beli sedikit survenior bawa balik ke Malaysia!.. Around 10.30am, check out hotel dan balik ke Malaysia! yehhh....