Saturday, November 30, 2013

Melaka Wonderland Theme Park & Resort


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Melaka Wonderland merupakan sebuah taman tema yang terletak tidak jauh dari Tol Ayer Keroh, Melaka..Kami mengunjungi taman tema ini ketika pulang ke Muar, Johor. Kebetulan adik ipar dan kakak ipar free masa  tu, mereka mencadangkan agar kami ke Melaka Wonderland.. Dari Muar ke sini tak jauh sangat dalam 45 minit aja..mereka pun turut serta juga..
Melaka Wonderland ini dipenuhi dengan 2 juta liter air dan lebih daripada 12 tarikan menanti anda. antara tarikan di sini ialah Tornado Chaser, Kamikaze Race, Gelombang Besar Kolam, Pulau Adventure, Taman Dinosaur, Dirt Kart, Fun Fair, dan juga Paint ball. Taman tema ini ditutup pada hari Isnin (kecuali cuti umum dan cuti sekolah). Kalau terasa nak mandi-manda setiap hari disini, boleh dapatkan borang keahlian selama setahun (RM399). Disamping itu boleh masuk zoo melaka percuma jika ada pass ini....Taman Dinasour sedang renovate, so kurang sesuai masuk ketika ini...



Ketika sedang mandi, hujan turun renyai-renyai, tetapi ada juga yang terus mandi main air..dalam 10 minit hujan berhenti, kami sambung mandi lagi....Kami mencuba Tornado Chaser, Kamikaze race, Gelombang besar Kolam kat bahagian atas...
Mula-mula takut juga, tapi lepas tu rasa seronok pulak...
Anak-anak kami dan anak kakak ipar yang paling suka main taman tema ini...Selepas mereka main gelongsur kanak-kanak, kami bawa mereka ke bahagian bawah pula di mana air berombak sikit... Kami menyewa pelampung besar, dalam RM15 aja..Lucunya ialah anak kakak ipar boleh tertidur di atas pelampung yang di buai ombak...

Untuk melihat foto lain boleh layari link di bawah

Tuesday, November 26, 2013

Rimba Rekreasi Bukit Wang

Rimba Rekreasi Bukit Wang sesuai sebagai kawasan mandi-manda, flora fauna yang hijau, denai hutan sejauh 3 km mengelilingi hutan lipur ini dan 1.5 km yang lain boleh menghubungkan hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Puncak janing, batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar, deretan pokok palma yang menarik serta deretan pokok “Permatang Seraya” yang berukuran melebihi 120cm diameter tumbuh secara semulajadi.

Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini ialah 15 buah chalet, 16 buah pondok rehat, 3 unit tandas awam, 10 buah gerai, sebuah kolam renang untuk kanak-kanak, jambatan batu, 2.4 kilometer kawasan untuk ‘jungle tracking’, sebuah surau dan sebuah dewan untuk kemudahan para pelancong atau pelawat.

Ketika kami sampai kurang penjagaan di kawasan ini. Daun-daun berguguran di dalam kolam renang kanak-kanak dengan chalet2 yang semakin usang... kawasannya seperti hidup segan, mati tak mahu...

Masih kelihatan beberapa pengunjung ke situ... cuma seorang dua remaja mandi di situ walaupun kelihatan amaran 'penyakit kencing tikus' tertera di signboard...

Monday, November 25, 2013

Penang Botanical Garden

Taman Botani Pulau Pinang juga dikenali sebagai taman-taman air terjun, telah ditubuhkan oleh british pada tahun 1884 atas tapak kuari lama. Taman ini adalah merupakan tapak bagi penyelidikan dan pendidikan. Namun kini lebih popular untuk aktivti rekreasi seperti berjogging, berjalan kaki atau berbasikal. Air terjun adalah milik persendirian... sila minta kebenaran dari pihak berkuasa Air Pulau Pinang. Terdapat aliran anak sungai kecil kat sini, ada juga kanak-kanak yang mandi disini.. Suasana di sini nyaman dan tenteram, sesuai untuk bersantai dan menghayati keindahan alam semulajadi... Bila ke sini, beringat-ingat dengan kera yang berkeliaran kat sini... kalau ada makanan, jangan cuba-cuba nak bagi kat kera tu.. nanti habis semua dia sapu...Boleh juga melihat pokok 'cannon ball' yang ada kat sini..
Jika anda kuat bolehlah berjalan, boleh pusing-pusing di sini sambil melawat tempat-tempat yang dibangunkan seperti tanaman berbunga, haiwan dll....

Taman Botani Negara Shah Alam

Mungkin ramai tidak mengenali Taman botani Negara Shah Alam (TBNSA) berbanding Bukit Cerakah atau Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Dibangunkan pada 24 April 1986. Perkhidmatan shuttle bus disediakan.. free sahaja.. Cuma tunggu beratur sahaja ditempat yang disediakan.. Sangat luas untuk berjalan kaki..boleh juga kalau nak berbasikal kat situ..Bagi yang hendak masuk ke rumah Iklim Sederhana Empat Musim ( patut masuk) sila beli tiket di pintu masuk utama, sebab tiada tiket dijual di dalam...

Sunday, November 24, 2013

Lata Bayu

Lata Bayu adalah sebuah taman rekreasi yang terdapat di Baling, Kedah. Lata Bayu merupakan destinasi air terjun yang popular dan penuh sesak pada hujung minggu dan hari-hari cuti sekolah. Pada hari-hari biasa ianya merupakan suatu tempat yang bagus dan tenang. Sejak kebelakangan ini pengunjung agak berkurangan disebabkan terdapatnya jangkitan penyakit 'kencing tikus'. Sila dapatkan maklumat selanjutnya jika hendak berkunjung ke sini..









Sejuk la airnya......


Muzium Matang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Muzium Sejarah Matang (dahulunya dikenali sebagai Sejarah Kota Ngah Ibrahim) yang terletak di Bukit Gantang, Matang dareah Taiping, Perak iaitu kira-kira 30 minit perjalanan dari Bandar Taiping. Muzium Matang telah dibina oleh Ngah Ibrahim anak kepada cek Long Jaffar iaitu orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Kota ini pernah dijadikan sebagai Maktab Perguruan Melayu Matang (1913-1922). Pernah dijadikan markas tentera Jepun (1941-1945) dan sekolah melayu setelah Jepun menyerah kalah (1945-1984). Masuk adalah percuma.

Di hadapan Muzium
Nani sedang posing di atas meriam...

Masuk jer kat situ, nampak pak gajah sedang tunggu...

Dalam muzium terdapat bilik pegawai Inggeris 

Nani sedang belajar dalam kelas..


Basikal tua pun ada.....
Selain itu, penjara pun ada di dalam... Gambar tak diupload, seram....




Istana Seri Menanti


Istana Seri Menanti  adalah sebuah bangunan lama yang masih utuh diperbuat daripada kayu. Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. Atap istana ini mewakili tanduk kerbau sebagai lambang keamanan. Di dalam Istana Seri Menanti dipamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. 
Ketika kami sampai di sana, masih tak buka lagi..... Maka kami pun jalan-jalanlah kat bawah Istana tersebut... 
Agak lama juga tunggu, barulah penjaga istana tu buka...
Maka kami pun tengok2lah dalam istana tu apa yang ada....


Sorry, gambar di dalam istana tidak dibenarkan ambil. Nak tengok apa yang ada bolehlah datang ke sini..





Friday, November 22, 2013

Muzium Kota Kayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini kita ke Muzium Kota Kayang yang terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lampong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung. Terdapat tiga galeri di sini iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, Peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang seeta Galeri Kedah/Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi menarik yang lain....


Menjejakkan kaki ke situ terasa teruja juga kerana lanskapnya yang kemas dan terjaga indah... Harapnya dijaga sepanjang masa...Tiada bayaran masuk dikenakan.. Boleh tengok-tengok galeri kat situ... Makam pun ada di bahagian belakang!






Taman Rekreasi Gunung Lang

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Taman Rekreasi Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh merupakan satu kawasan reakrasi gunung batu kapur. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Terdapat laluan pejalan kaki, menara pandang jauh, jeti bot, tandas serta air terjun buatan tertinggi di Malaysia.
Cara ke sana
·         Jika anda dari bandar Ipoh, anda perlu mengikuti Jalan Kuala Kangsar yang menuju ke Kuala Kangsar. Hanya 5 minit dari dari bandar Ipoh.
·         Jika anda dari Kuala Lumpur, anda hanya perlu keluar dari Lebuh raya Utara Selatan di susur keluar Ipoh Utara 1 km dari situ anda akan temui papan tanda Taman Rekreasi Gunung Lang
Tambang untuk menaiki bot : RM3 bagi dewasa, RM2 bagi pelajar sekolah menengah, RM1 pelajar sekolah rendah, RM0.50 sen bagi kanak-kanak dan warga emas RM1.50 untuk ke pulau itu sejauh kira-kira 300 meter.



Naik bot untuk seberang melihat panorama..



Pada mulanya teruja juga nak ke sana... tetapi apabila sampai, indah khabar dari rupa....Kawasannya agak terbiar dan kurang penjagaan..rumput, ranting dan dahan pokok tidak dipangkas.. Terdapat 2-3 ekor burung unta kat situ..Pelantar jeti pun dah nak reput..menara pemerhati diconteng orang, dan sebahagian kayu berandanya dah reput. Toiletnya pun seram..
Sayang sekali, kawasannya cantik dan ada juga pengunjung dari Asia Barat ke sana...
Harap Majlis Perbandaran Ipoh dapat membuatnya kembali ceria...
Nanti kami boleh datang lagi...

Format Instrumen Pentaksiran Sains SPM

KERTAS 1 (1511/1)
Jenis instrumen
Ujian objektif
Jenis item
Objektif pilihan jawapan (aneka pilihan dan Aneka gabungan)
Bilangan soalan
50 soalan (semua mesti dijawab)
Jumlah markah
50 markah
Cara menjawab
Perlu menanda dengan pensel 2B pada borang OMR
Masa menjawab
1 jam 15 minit
Aras kesukaran
Rendah : sederhana : tinggi
5 : 3 : 2
Alatan tambahan
kalkulator yang tidak boleh diprogramkan dibenarkan


KERTAS 2 (1511/2)
Jenis instrumen
- Ujian subjektif
Jenis item
- Item berstruktur
Bilangan soalan
Bahagian A :- 4 soalan (jawab semua)
- Bahagian B :- 5 soalan (jawab semua)
- Bahagian C :- 3 soalan
*satu soalan wajib dijawab [soalan 10],
*dua soalan lagi [soalan 11 dan 12], pilih salah satu.
* Setiap soalan bernilai 10 markah
Jumlah markah
- 70 markah [bahagian A=20markah, bahagian B=30 markah, bahagian C= 20 markah]
Cara menjawab
- Ditulis pada ruangan kertas soalan
Masa menjawab
2 jam 30 minit
Alatan tambahan
kalkulator, pembaris lengkung

Elemen yang dinilai dalam kertas 2 Sains SPM

BAHAGIAN A
* 4 soalan (20 MARKAH)
Aspek yang dinilai : 11 kemahiran Saintifik
1.     Memerhati
2.     Mengelaskan
3.     mengukur dan mengunakan nombor
4.     membuat inferens
5.     meramal
6.     berkomunikasi
7.     mengunakan perhubungan ruang dan masa
8.     mentafsir data
9.     mendefinisikan secara operasi
10. mengawal pembolehubah
11. membuat hipotesis

BAHAGIAN B
5 soalan (30 MARKAH)
Aspek yang dinilai:

Pengetahuan
1.     memerihal/ melukis simbol
2.     menyatakan fakta
3.     melabel
4.     mengenalpasti kelas
5.     memerihalkan urutan
6.     memerihalkan kaedah
7.     menyatakan konsep/prinsip
8.     menyatakan teori/hukum
Pemahaman
  • Penterjemahan satu bentuk penyataan kepada simbol atau rumus
  • mendapat maklumat daripada graf atau carta atau jadual
  • meramal
  • mempamerkan kefahaman konsep atau prinsip yang betul
  • mempamerkan kefahaman teori atau hukum yang betul

BAHAGIAN C
3 soalan (jawab dua soalan ) [20 MARKAH]
Soalan 1 - wajib dijawab
Aspek yg dinilai : Kemahiran saintifik
1.     hipotesis
2.     tujuan eksperimen
3.     pembolehubah
o    Pembolehubah dimalarkan 
o    Pembolehubah dimanipulasi
o    Pembolehubah bergerakbalas
4.     radas dan bahan
5.     kaedah
6.     penjadualan data
7.     rumusan
soalan 2(a) atau 3(a)
menilai kefahaman aras sederhana [4 markah]

Soalan 2(b) atau 3(b)
menilai strategi berfikir, soalan aras tinggi [6 markah]

Terdapat 3 bentuk soalan :

1. Mengkonsepsi
  • mengenalpasti maklumat
  • kenalpasti ciri-ciri sepunya
  • kelaskan ciri-ciri
  • menghubungkaitkan ciri untuk membina konsep awal
  • contoh dan bukan contoh
  • konsep sebenar
2. Menyelesaikan masalah
  • Mengenalpasti masalah
  • kaedah penyelesaian
  • langkah/ operasi kaedah
  • penilaian
3. Membuat keputusan

  • mengenalpasti matlamat
  • kenalpasti semua alternatif
  • analisis alternatif
  • menyusun alternatif mengikut keutamaan
  • menilai alternatif yang dipilih
  • membuat keputusan

Beijing, China

assalamualaikum dan salam sejahtera.. Salah satu tempat yang amat berbaloi untuk dikunjungi ialah melawat China.. Seminggu tak habis pusing, tu baru kat Beijing.. belum lagi ke GuangZhou, dan tempat -tempat lain lagi... Kat Beijing sahaja, banyak tempat menarik antaranya Forbidden City, Dataran Tianmen, Summer Palace, Bird Nest Stadium, Great Wall dll...Hari-hari lawatan kita penuh dengan kejutan... (boleh lihat photo dengan link di bawah). Anda juga akan dibawa menonton persembahan akrobatik selain dijamu dengan teh cina....
Pengalaman di Negara China, merasai kehebatan suatu tamadun pada suatu ketika dahulu....
Melihat kepada bangunan di sekitar Istana Maharaja China, terlintas di fikiran Kegemilangan Sultan Melaka. Adakah dapat dibandingkan kehebatan Tamadun China dengan keagungan Melayu Melaka?
Dahulunya Maharaja China ini pernah digelar sebagai PEMBAZIR wang rakyat! Ini kerana beliau telah mengunakan sumber dan kekayaan negaranya bagi membina empayar dan bangunan-bangunan kemegahannya...

Hari ini Maharaja China ini telah mengembalikan semula wang yang beliau belanjakan untuk kemegahan empayar kepada rakyatnya melebihi apa yang telah beliau belanjakan..
Buktinya tiada ruang untuk cikgu bergambar bersendirian.... penuh dengan jutaan pelancong yang mencurahkan wang negara China...

Adakah ini wawasan beliau ketika membina empayarnya..... takkala dirinya dikutuk, wawasan yang dibina tetap diteruskan bukan hanya untuk dirinya tetapi untuk rakyatnya di masa hadapan... renung-renungkanlah....




Untuk foto-foto saya di sana, boleh klik link di bawah:
https://www.facebook.com/badri.gamat/media_set?set=a.223872214297695.66008.100000247533321&type=3
Untuk paparan video sila klik video 1 atau video 2 atau video 3.

Hatyai

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Antara tempat pelancongan luar negara yang terdekat, Hatyai, Thailand..Dikunjungi oleh pelancong Malaysia... termasuklah cikgu... 
Untuk ke sana, kalau penjawat awam macam cikgu, banyak karenah sikit... selain dari buat pasport @ border pass, kena mohon pass lawatan dulu dari Ketua Jabatan.. Cikgu pergi ikut Bukit Kayu Hitam.. Kali pertama dengan travel agensi, kemudian pergi dengan kawan-kawan...Boleh pergi pasar terapung, tunggang gajah, main go kart, beli belah, menembak dan macam-macam lagi...Pendek kata best jugalah ke sana, selain perabih duit sebab barang murah...

Suasana pasar terapung, colourful.....

Salah satu makanan kat sana..

Makan-makan kat pasar terapung...



berlatih menembak dulu.... lepas nie tembak cicak kat rumah..


Boleh naik gajah kat sini... Tapi cikgu tak naik pun,save budjet....

untuk foto lain boleh layari